ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Friday, December 30, 2011

Contest Kreatif Menulis Bersama HOB




HANYA KERANA SEBUAH PERSAHABATAN

Faz tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) tepat pukul 5 petang. Dari jauh dia sudah melihat keluarganya yang datang dari kampung menanti ketibaannya. Lima tahun masa berlalu,sungguh cepat masa itu berlalu. 

"Malaysia, I love U..Risya i'm back.Sorry everything"..Bisik Faz

 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Hoi Risya,kenapa termenung hah..kau OK tak??" ujar Faz setelah melihat sahabat karibnya itu termenung.
"Faz,aku OK lah".suara Risya bagai dengar tidak dengar sahaja.
kringgg!!!!! Masa rehat sudah berlalu. Para pelajar lari lintang pukang membeli makanan sebelum masuk ke kelas.
Suasana di Enam atas Zamrud amat bising sekali. Tiba-tiba suasana yang bising berhenti menjadi senyap seketika pabila guru futsal,encik Fairuz melangkah masuk ke dalam kelas tersebut.
"assalammualaikum semua" ujar Cikgu Fairuz.
"Saya ada berita mahu sampaikan,tiga orang dari pelajar kita terpilih dalam Sukan Malaysia( SUKMA) di Melaka tahun hadapan". sambung beliau lagi.
Faz,Risya,Ayuni,Killa dan Farah begitu berdebar menanti keputusan yang akan diumumkan itu. Setelah menjalani pemilihan di kompleks Rakan Muda Paroi, dua minggu lepas,kini mereka bakal menanti keputusan yang bakal mengubah hidup dan hala tuju mereka.
"mereka yang bakal menjalani kem latihan SUKMA ialah Fazziela,Farisya Najwa dan Farah Syuhaida..kamu semua ambil borang pada saya di pejabat.'' ujar Cikgy Fairuz sambil berlalu.
"tahniah la beb..hebat sungguh engkau".ujar rakan-rakan mereka dan menyatakan sokongan mereka terhadap Risya,Faz dan Farah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Setelah habis kelas bahasa melayu,Faz terus berlari ke garaj motor dan menunggang dengan laju untuk memberi tahu keluarganya.
"mummy!!!!!!!". jerit faz
"apo dio.tojorit-jorit hah". marah puan Asnah kepada anaknya.
"Faz terpilih untuk ke SUKMA mak." 
"apa?????berapa kali aku kata dengan engkau aku tak mahu kau melibatkan diri dalam Futsal lagi.Faham???.teriak encik Irfan dari luar Rumah dengan wajah garang.
"engkau mahu kaki engkau tu patah lagi ke??x serik lagi??"tambahnya lagi.
"tapi daddy..".
"keputusan aku muttamad". Encik Irfan berlalu pergi 
"mummy..".
"dengarlah nasihat daddy tu Faz" ujar Puan Asnah sambil berlalu.

Ameliyya Fazziela terus berlari kedalam bilik sambil menangis..hatinya bertambah sedih apabila cita-citanya untuk menjadi pemain wanita terbaik Malaysia terpudar begitu saja.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Keesokkan harinya,setelah tiba ke sekolah,Risya tercari-cari kelibat Faz.Sebaik muncul,Risya meluru ke arah Faz.
"Faz!!!jom hantar borang ni dekat cikgu Fairuz jom". ujar Risya tanpa menyedari hal itu tidak sama sekali berlaku.
"Apa??????????????????,what strong with you?kau dah berjanji dengan aku,walau apa pun terjadi kau mesti pergi."teriak Risya dengan nada yang tinggi apabila Faz memberitahu hal sebenar.
"tapi.."
"no tapi-tapi..mulai saat ini..kau bukan kawan aku lagi.fullstop". Risya berlalu tanpa mendengar penjelasan Faz dahulu.
"maafkan aku Faz..aku mahu bersama engkau buat kali terakhir tapi aku juga terpaksa memutuskan persahabatan kita". Bisaik Risya.

setelah tamat persekolahan,Ameliyya Fazziela melanggah ke bilik dengan hati yang pilu.begitu sanggup Risya memutuskan ikatan persahabat dengan dia setelah hampir 8 tahun bersama.Malam itu Faz tidur dengan ditemani air mata.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

sudah lima bulan berlalu..keputusan STPM akan diumumkan hari ini,akan tetapi perhubungan Faz dan Risya masih lagi retak..

"Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah". Faz berjaya mendapat 4 A prinsipal menadahkan kesyukuran terhadap Illahi. Faz pergi kearah Risya yang keseorangan di bangku.

"hye sya,kau dapat berapa??"
"ada kau kisah aku dapat berapa?" ujarnya sambil berlalu.

air mata Ameliyya Fazziela tertumpah lagi hanya kerana seorang sahabat.

Tin..Tin...bunyi motor posmen menyedarkan Faz dari lamunan , setelah mengambil sampul surat di tangan posmen..hati Faz berdebar-debar melihat isi kandungan surat itu.

Anda berjaya ke universiti brunei darul salam(UBD).

Hati Faz gembira tapi dalam masa yang sama sedih untuk meninggalkan Risya kerana hubungan mereka tidak pulih lagi..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Setelah berada empat minggu di UBD, Faz dapat menyesuaikan diri bersama-sama Aimi amalidya,ak azim dan ramai lagi rakan-rakan sekuliahnya.

kringggggg!!!!!!bunyi telefon menyebabkan Faz terbangun dari tidur..
"sapa pula yang call malam-malam buta ni" rungut Faz.
"hello kak Faz,nie adik kak Risya..Kak risya...."Akmal tidak meneruskan kata-katanya,hati Faz berdebar-debar menanti kata-kata akhirnya.
"akak Risya dah tak ada.dia kata dia ada email sesuatu untuk akak...."ujarnya pelahan tetapi Faz masih boleh mendengarnya.
Faz terpaku sebelum membuka laptopnya,dia sudah tidak perdulikan air matanya lagi.

"to fazziela....Risya sebenarnya menghadapi penyakit yang tidak lagi diubati iaitu barah otak..maafkan Risya kerana merahsiakannya dari faz..bukan kehendak Risya juga mahu memutuskan persahabatan kita,tetapi Risya tak sanggup melihat Faz tangisi permegian Risya.Risya juga rancang untuk hancurkan hubungan kita,risya juga rancang supaya risya tidak boleh pergi ke SUKMA..janganlah faz marah dekat mummy and daddy sebab risya yang merayu pada mereka.Risya ingin sekali peluk faz,tapi Risya ego,Risya takut,Risya sedih,sedih kerana Risya tak mahu Faz korbankan cita-cita Faz lagi..oleh kerana Risya sakit.akhir kata dari Risya,maafkan Risya,Risya sayang Faz,."



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

tamat!!!

kita sedekahkan Al-fatihah kepada FARISYA NAJWA semoga roh nya dicucuri rahmat.

p/s: semua pilik nama yang di blog aku and nama sebenar aku,yup nie nama hasil gabungan aku dengan kawan baik aku,arwah risya..dan nama ini juga aku gunakan untuk anak angkat aku di brunei,(kawan aku punye anak)..
:)

thankz kepada aimi n ak azim coz aku pinjam nama kamu bah..nda marah sama aku ya..:)









No comments:

SinGgAH SiNi

jom singgahPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...