Tuesday, January 31, 2012

Limited Edition: T-shirt Couple And Selangor Fans

Assalamualaikum..

t-shirt Couple
RM 60.00 ( SEPASANG )

- Tulisan boleh pilih didalam senarai
- Untuk tambah nama + RM1/name
- 5 pelanggan pertama diskaun 10 %
+siap wang pos sekali..TQ


The Red Giant
-RM30
1. Deposit RM 10 atau nak bayar full pun boleh.
3. Selepas 3 hari nama anda dimasukkan, jika tiada sebarang deposit maka secara automatik nama anda akan di keluarkan.
4. Cara pembayaran SMS no diatas dan no ACC akan diberi melalui SMS.
5. Tempahan bermula dari sekarang 30 JAN 2012 - 14 FEB 2012.
6. Sebarang perubahan SIZE boleh ditukar sebelum 13 FEB 2012.
Bila siap baju nie ???
++ Selapas tarikh tempahan ditutup pada 14 JAN 2012, baju ini akan mula dicetak dan segala penukaran size dan jenis baju tidak akan dilayan. Dan akan dihantar pada 20 FEB 2012.
Penghantaran ???
++ Penghantaran hanya menggunakan Pos laju sahaja + RM6.00 

Lawa??
anda berminat??
tapi tahu cara nak ORDER??
jangan risau,Risya akan beritahu...
just PM IELA ZIELA aka RISYA atau CALL 0176274922

THANKS...

Sunday, January 29, 2012

tip untuk berjaya by ustaz hj mohd Nazri

Salam hormat serta Salam satu Malaysia..
Sangat lama Risya tidak meng'update' blog Risyakan..
maklumlah sibuk sangat dengan program..mesti korang nak tahukan kemana Risya menghilang???
(bajet popularlah orang nak tahu)


 Program: Kem Motivasi Dan Jati Diri
vanue: Melaka Tropical fruit farm, sungai udang, Melaka.
tarikh: 28 dan 29 january 2012

Risya tak mahu lah tulis benda yang mengarutkan...cuma Risya nak kongsikan TIPS yang betul cara untuk mendapat TERBAIK dalam examination.

Motivasi ini disampaikan oleh seorang yang amat terkenal sekali iaitu

USTAZ HJ MOHD NAZRI BIN HJ MOHD NOOR

pertama : sentiasa bersedekah walaupun 10 sen serta beribadah.

kedua : ajar orang lain

ketiga : study group ( 3 atau 5 orang. )

empat : waktu belajar yang betul
- waktu alpha n beta
iaitu pada 8pm-10pm,2am-4am,9am-12pm,3pm-5pm

lima : pemakaian baju mengikut hari
isnin - putih
selasa - biru
rabu - pink/purple
khamis - kuning/orange
jumaat - hijau
sabtu - merah
ahad - hitam

enam : sebulan sebelum exam,buatlah past year question
-jangan baca buku lagi masa ini.

tujuh : makan-makanan sunah Rasulullah
-kismis (paling bagus kimis minda al fahim @ al fatwa )
-kurma nabi

lapan : minum air yang kuantitinya 120TDS
-mengikut kajian kita kena minum air sebanyak
formula : berat badan / 24   
= jumlah liter

contoh : 34/24 =1.42 liter satu hari...

Risya rasa ini sahaja Risya ingin kongsi sepanjang berada di kem motivasi...insyaallah Anda amalkan,Anda berjaya..

Tuesday, January 17, 2012

Pelik Tapi Tetap Comel





10 perkara Pelik tentang saya

1. suka cakap sendiri sampai family kata Risya OK ke tak..:(

2. suke main teddy bear walaupun umur da mencecah 20 tahun..huhuhu


3. suka kumpul baju bola untuk buat koleksi.


4. suka lempang orang walaupun orang tue tak salah..( bahaya gila )

5. suka gelak dulu sebelum bercakap..(padahal x kelakar pun)

6. cakap dengan orang bangsa asing pun bahaso nogori..( kuat kenegerian )

7. kuat giler makan tapi....berat tetap 35kg..:(



8. umur da tua tapi orang kata belajar sekolah rendah lagi

9. suka buat assignment last minit tapi orang first yang anta.

10. suka cari pasal dengan adik walaupun dia tak cari pasal dulu.. ( padahal adik baru umur 12 tahun )

10 perkara comel tentang saya...( errrr...comey ke saya..:p )

1.peragai still lagi budak2..

2. orang kata bila saya buat muka geram..sy comel... ( perasan sekejab )

3. tidur dengan anak-anak patung yang bernama syoshirola,cici,beett, n cik angry ..:)

4. suka merajuk..sebab bila merajuk muka nampak comel...

5. saya comel jika saya berjalan dengan sopan santun dan melambangkan saya seorang perempuan ( saya jalan ganas n paling tak suka pakai dress perempuan.. )

6. comel ketika ketawa spontan..errr

7. suka budak-budak yang comey 


8. ketika main bersukan.. ( terselah kecomelan di situ..hihihi )


9. seorang yang romentik..( nak muntah tak baca..)

10. suka update pasal bola n bola..  ( yang nie comel ke?? )




sponser2..
Hani Mardhiah blog

Hani Mardhiah fb

Missladyanashops blog

Missladyanashops fb

Nurwiyah Boutique fb 


AHC Amy Hakim Contemporary fb




Cemara Biru













pemenang giveaway by cinoscaraku art and design

pemenang giveaway by cinoscaraku art and design

ialah.....


plez PM RISYA di IELA ZIELA secepat yang mungkin..:)


#bagi 2 picture tuk letak di baju anda ye...
#no telefon
#alamat
#nama penuh

TQ yg join...:)

Monday, January 16, 2012

andai lelaki Tahu



Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat 

.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

tq lady tasya from VF for this artical...
ANDAI LELAKI TAHU~~~~~~

Wednesday, January 11, 2012

Monday, January 9, 2012

Edisi Khas: ultras Nogori 9

Edisi Khas: Ultras Nogori 9


Ultras Malaya amat sinonim dengan bola sepak tanah air. Tetapi tahukah anda budaya menyokong yang dipamerkan dari Ultras Malaya memberi peransang dan merebak ke serata tanah air sehingga lahirlah ultras-ultras dari setiap pelusuk negeri antaranya ultras Tranung, ultrasel, silver state ultras, ultras kelantan the red mania,  Ultras Nogori, dan sebagainya.
Hari ini Saya mahu menyingkap perjalanan yang dilalui oleh sekumpalan rakyat di Negeri yang penuh beradat yang menggelarkan diri mereka Buffalo Soljah dan The Jangs.
 
Ultras Nogori( UN9) mula ditubuhkan oleh sekumpulan rakan-rakan di laman sosial facebook yang mahukan kelainan dari segi sokongan yang jitu terhadap pasukan negeri adat pepatih,negeri Sembilan.Kesemuanya mempunyai misi dan visi yang sama iaitu untuk memeriahkan suasana stadium di samping menarik minat menyokong bola sepak tempatan. Pada mulanya, terdapat beberapa kumpulan yang mahu memulakan kewujudan Ultras di Negeri Sembilan, termasuklah "Die Hard Fan" yang kemudiannya ditukar nama menjadi "Ultras Nogori 9", "N9 Ultras" dan beberapa lagi kumpulan yang bergerak secara diam untuk mewujudkan suasana baru di stadium keramat Tuanku Abdul Rahman Paroi. Maka, dengan itu, berlaku perbalahan dan perselisihan faham antara kesemua kumpulan dimana masing-masing melabelkan mereka sebagai kumpulan yang terbaik. Namun begitu, atas perbincangan dari semua wakil kumpulan, mereka bersetuju untuk berjumpa dan berbincang bagi mengatasi perbalahan yang berlaku. Maka pada 15 Januari 2011, terhasil lah Komplot pertama UN9 seramai lebih kurang 30 orang yang mewakili setiap kumpulan masing-masing. Hasil perbincangan. Kesemuanya sepakat dan bersetuju untuk bergabung di bawah satu payung. Maka pada tarikh yang sama, secara rasminya Ultras Nogori diasaskan. "N9 Ultras" kemudiannya menukar nama kepada "Jang Brigade" dan bersama-sama dengan satu lagi kumpulan "Ninth Mania" untuk menjadi sayap rasmi UN9.
 
Kewujudan UN9 bukanlah untuk menjatuhkan atau menidakkan kewujudan kelab penyokong sedia ada tetapi lebih kepada mahu menghidupkan atmosfera dalam stadium itu sendiri. "Ultra" berasal dari perkataan itali yg bermaksud "melebihi sesuatu batasan", jadi  apa yang dilakukan oleh UN9 banyak mendapat ilham dari Ultras luar Negara seperti di Turki dan Italy. Malaysia boleh dikatakan sebuah negara yang hampir semua rakyatnya meminati sukan bola sepak. Namun, ramai yang tidak mengendahkan kancah liga bola sepak tempatan disebabkan kurang seri dan kedatangan penyokong yang tidak memuaskan. Oleh itu, kewujudan Ultras di negara ini merupakan satu medium baru supaya menarik lebih ramai minat anak muda ke stadium dan jika perkara ini berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti kemeriahan bola sepak kita setanding dengan negara-negara luar yang lain.
 
KONA 4C terpilih menjadi rumah atau tempat pengumpulan UN9 kerana pada 29/01/2011 sejarah di STAR of Paroi telah tercipta. Lebih kurang 70 orang telah berkumpul di teres belakang gol yang merupakan budaya setiap Ultras di dunia yang menjadikan teres di belakang gol sebagai tempat mereka bertandang.Mereka juga bersepakat untuk menamakan teres mereka sebagai "KONA". Perkataan "KONA" diambil daripada perkataan inggeris iaitu "CORNER". Dan loghat di Negeri Sembilan menyebut corner sebagai KONA. Untuk makluman KONA 4C terbahagi kepada 2 iaitu tingkat atas (upper terrace) dan tingkat bawah (underground terrace) . Sebelum ini UN9 berada di upper terrace tetapi kemudian berpindah ke underground terrace. Namun kini, kedua-dua teres tetap digunakan berikutan ahli UN9 yang semakin bertambah.
 
Bagaimana mahu menyertai UN9? Menurut salah seorang ahlinya ,”UN9 bukannya fan club yang perlu pendaftaran atau yuran tetapi hanya perlu menghadiri perlawanan membabitkan skuad jang dan bersama kami di KONA 4C tanpa perlu kebenaran atau apa-apa”.
 Menurut beliau lagi, ”mula-mula memang segan tetapi setelah 2,3 kali menyertai kami, anda akan kenal erti Brotherhood”
 
“ datang dengan imej penyokong n9 seperti mafla atau jersi tetapi untuk keseragaman, berbaju hitam (tiada paksaan), berkasut, dan paling penting tidak dibenarkan memakai jersey team luar negara di curva“. tambahnya lagi.
 
Beliau menambah lagi, “Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah ketika di curva yang dikenali sebagai KONA 4C, Akan ada Capo(Ketua Sorak) dihadapan. Jadi ikut segala arahan Capo.mereka akan ikut arahan chant dan gerakan yg diberi oleh capo. Jangan sesekali membakar mercun, membaling flare atau smokebombe dalam padang, padam flare selepas dinyalakan, jangan membaling apa-apa objek di dalam padang dan berdiri 90 minit kecuali halftime atau pancit”. 

UN9 mengalu-alukan kedatangan anda ke KONA 4C

LiKe ThiS UntuK MaKluMaT lAnjUt:







p/s: ini untuk assignment Risya..:)

jom join:



Sunday, January 8, 2012

update peserta giveaway by cinoscaraku art and design


assalamualaikum..
sebelum saya meng update Senarai Peserta,saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan kesayangan saya,NEGERI SEMBILAN kerana memenangi PIALA SUMBANGSIH di SNBJ.





alamak terlebih pulak..sori ye....

SENARAI PESERTA GIVEAWAY


  1. http://diary-kecilku.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  2. http://nialidia.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  3. http://giftcikbunny.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  4. http://fiqrakendet.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-design.html
  5. http://renjersungai.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  6. http://ifsha.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  7. http://alongnidar.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  8. http://lieynanilaz.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FVAJke+%28Kisah+Kehidupan%29 
  9. http://inahasan.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  10. http://usharapa.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html 
  11. http://nurnuha-syakila.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and_05.html 
  12. http://zaiikulim.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  13. http://sarah-rinduselalu.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  14. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  15. http://c-anythin.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html 
  16. http://datinqatst.blogspot.com/2012/01/giveaway-fom-cinoscaraku-art-n-design.html 
  17. http://gengggkapak.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  18. http://deedeeyana.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html 
  19. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  20. http://tunzhotspot.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  21. http://myapeapeaje.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  22. http://mamaishazah.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  23. http://24-7nay.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  24. http://pinknlavender.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  25. http://storycikhoneybee.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html
  26. http://purplepanlate.blogspot.com/2012/01/giveaway-from-cinoscaraku-art-and.html





nak join????

Tuesday, January 3, 2012

Giveaway From Cinoscaraku art and design

Assalammualaikum..


Risya nak anjurkan giveaway yang kedua...
hadiah dia ialah.....

P/S: picture gambar kamu yer!!!!!!!!

syarat dia????wajib follow n like sponser yer ..

Photobucket
klik pic or http://www.cinoscaraku.com/

Photobucket

dan 

letak banner di atas...

dan 

letak entry kamu ke bahagian komen yer!!!

dan 

tag seorang kawan anda ( pastikan dia tahu yer )

*hanya seorang sahaja pemenang..:)

tarikh tamat: 15/1/2012

p/s: sapa yang tak tuntut hadiah photoshoot sila bagi detail anda. hadiah tempat pertama,kedua dan ketiga akan dipost sebelum tahun baru cina..sebab salah satu hadiah dari brunei tak sampai lagi...:)

Sunday, January 1, 2012

tempah BAJU Design picture kamu..:)

assalamualaikum..
act. Risya nak tutup Blog Risya ....sebab ada orang tak suka Risya jadi blogger kan...tapi ada Risya kisah...atas nasihat ramai terutama GENG FIQ"RA ,ADMIN GF, nabila medanfaizal PM, nurin najwa,nia lidia .. Risya akan tangguhkan dulu hasrat hati Risya..:)
"kepada cik ANON: walaupun kau da cakap macam-macam dekat aku nak jatuhkan aku..tapi aku tak akan mengalah.aku memang akan STOP..tapi bukan sebab ENGKAU..."

ehhhh..merepek pulakkan...sebenarnya nak promote baju...baju apa???


lawa tak design 2???? lawa kan..tapi kalau letak Picture Risya lagi bertambah lawa kan..hihihih... sory Abg Cinos...hihihi...
syarat-syarat nak tempah baju nie????
ea ad syarat gitu..:P

Design Pertama 2012 yang baru dilancar. Abadikan gambar anda keluarga mahupun gambar yang tersayang di si sehelai baju yang dibuat EKSKLUSIF hanya di http://www.facebook.com/tempahbajuonline

Tempahan sepanjang masa :

1. Anda boleh pilih nak letak gambar di belakang atau di depan baju 

2. Tidak kisah berapa ramai orang yang anda nak letak tetapi makain banyak gambar makin kecil jadinya.

3. Tulisan tidak kira apa yang anda hendak tulis tetapi tidak melebihi 10 patah perkataan.RM 1 tuk + nama

4. Sila hantarkan kepada kami 2 keping gambar yang anda letakkan dibaju supaya anda boleh memilih gambar mana yang sesuai apabila kami tukarkan kepada warna hitam.

okey la..kalau nak tempah boleh pergi ke http://www.facebook.com/tempahbajuonline
atau 0193349593( cinos a.k.a. soffi )..

kalau malu nak call dia,boleh la call or PM fb Risya yer....
nak merepek lagi boleh tak????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...