ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Monday, January 9, 2012

Edisi Khas: ultras Nogori 9

Edisi Khas: Ultras Nogori 9


Ultras Malaya amat sinonim dengan bola sepak tanah air. Tetapi tahukah anda budaya menyokong yang dipamerkan dari Ultras Malaya memberi peransang dan merebak ke serata tanah air sehingga lahirlah ultras-ultras dari setiap pelusuk negeri antaranya ultras Tranung, ultrasel, silver state ultras, ultras kelantan the red mania,  Ultras Nogori, dan sebagainya.
Hari ini Saya mahu menyingkap perjalanan yang dilalui oleh sekumpalan rakyat di Negeri yang penuh beradat yang menggelarkan diri mereka Buffalo Soljah dan The Jangs.
 
Ultras Nogori( UN9) mula ditubuhkan oleh sekumpulan rakan-rakan di laman sosial facebook yang mahukan kelainan dari segi sokongan yang jitu terhadap pasukan negeri adat pepatih,negeri Sembilan.Kesemuanya mempunyai misi dan visi yang sama iaitu untuk memeriahkan suasana stadium di samping menarik minat menyokong bola sepak tempatan. Pada mulanya, terdapat beberapa kumpulan yang mahu memulakan kewujudan Ultras di Negeri Sembilan, termasuklah "Die Hard Fan" yang kemudiannya ditukar nama menjadi "Ultras Nogori 9", "N9 Ultras" dan beberapa lagi kumpulan yang bergerak secara diam untuk mewujudkan suasana baru di stadium keramat Tuanku Abdul Rahman Paroi. Maka, dengan itu, berlaku perbalahan dan perselisihan faham antara kesemua kumpulan dimana masing-masing melabelkan mereka sebagai kumpulan yang terbaik. Namun begitu, atas perbincangan dari semua wakil kumpulan, mereka bersetuju untuk berjumpa dan berbincang bagi mengatasi perbalahan yang berlaku. Maka pada 15 Januari 2011, terhasil lah Komplot pertama UN9 seramai lebih kurang 30 orang yang mewakili setiap kumpulan masing-masing. Hasil perbincangan. Kesemuanya sepakat dan bersetuju untuk bergabung di bawah satu payung. Maka pada tarikh yang sama, secara rasminya Ultras Nogori diasaskan. "N9 Ultras" kemudiannya menukar nama kepada "Jang Brigade" dan bersama-sama dengan satu lagi kumpulan "Ninth Mania" untuk menjadi sayap rasmi UN9.
 
Kewujudan UN9 bukanlah untuk menjatuhkan atau menidakkan kewujudan kelab penyokong sedia ada tetapi lebih kepada mahu menghidupkan atmosfera dalam stadium itu sendiri. "Ultra" berasal dari perkataan itali yg bermaksud "melebihi sesuatu batasan", jadi  apa yang dilakukan oleh UN9 banyak mendapat ilham dari Ultras luar Negara seperti di Turki dan Italy. Malaysia boleh dikatakan sebuah negara yang hampir semua rakyatnya meminati sukan bola sepak. Namun, ramai yang tidak mengendahkan kancah liga bola sepak tempatan disebabkan kurang seri dan kedatangan penyokong yang tidak memuaskan. Oleh itu, kewujudan Ultras di negara ini merupakan satu medium baru supaya menarik lebih ramai minat anak muda ke stadium dan jika perkara ini berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti kemeriahan bola sepak kita setanding dengan negara-negara luar yang lain.
 
KONA 4C terpilih menjadi rumah atau tempat pengumpulan UN9 kerana pada 29/01/2011 sejarah di STAR of Paroi telah tercipta. Lebih kurang 70 orang telah berkumpul di teres belakang gol yang merupakan budaya setiap Ultras di dunia yang menjadikan teres di belakang gol sebagai tempat mereka bertandang.Mereka juga bersepakat untuk menamakan teres mereka sebagai "KONA". Perkataan "KONA" diambil daripada perkataan inggeris iaitu "CORNER". Dan loghat di Negeri Sembilan menyebut corner sebagai KONA. Untuk makluman KONA 4C terbahagi kepada 2 iaitu tingkat atas (upper terrace) dan tingkat bawah (underground terrace) . Sebelum ini UN9 berada di upper terrace tetapi kemudian berpindah ke underground terrace. Namun kini, kedua-dua teres tetap digunakan berikutan ahli UN9 yang semakin bertambah.
 
Bagaimana mahu menyertai UN9? Menurut salah seorang ahlinya ,”UN9 bukannya fan club yang perlu pendaftaran atau yuran tetapi hanya perlu menghadiri perlawanan membabitkan skuad jang dan bersama kami di KONA 4C tanpa perlu kebenaran atau apa-apa”.
 Menurut beliau lagi, ”mula-mula memang segan tetapi setelah 2,3 kali menyertai kami, anda akan kenal erti Brotherhood”
 
“ datang dengan imej penyokong n9 seperti mafla atau jersi tetapi untuk keseragaman, berbaju hitam (tiada paksaan), berkasut, dan paling penting tidak dibenarkan memakai jersey team luar negara di curva“. tambahnya lagi.
 
Beliau menambah lagi, “Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah ketika di curva yang dikenali sebagai KONA 4C, Akan ada Capo(Ketua Sorak) dihadapan. Jadi ikut segala arahan Capo.mereka akan ikut arahan chant dan gerakan yg diberi oleh capo. Jangan sesekali membakar mercun, membaling flare atau smokebombe dalam padang, padam flare selepas dinyalakan, jangan membaling apa-apa objek di dalam padang dan berdiri 90 minit kecuali halftime atau pancit”. 

UN9 mengalu-alukan kedatangan anda ke KONA 4C

LiKe ThiS UntuK MaKluMaT lAnjUt:







p/s: ini untuk assignment Risya..:)

jom join:



3 comments:

Pendamba Mawar said...

tranung here

farisya risya said...

@ PM: N9 here..:P

anbshop said...

New Dresses updated ! http://www.facebook.com/applenbunny.shop?sk=photos

SinGgAH SiNi

jom singgahPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...