Friday, February 17, 2012

merokok Senjata YAHUDI????


sekarang Risya nak story sikit pasal ROKOK nie.. =)

apa itu ROKOK??



Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (bervariasi tergantung negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu ujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup lewat mulut pada ujung lainnya.

Kenapa mereka hisap ROKOK??

MEROKOK adalah satu tabiat yang digemari sebahagian manusia pada zaman serba moden ini, malah ia menjadi keperluan kepada golongan muda yang beranggapan merokok kononnya melambangkan kedewasaan dan kematangan.

adakah merokok senjata yahudi??

ya, merokok adalah salah satu senjata yahudi yang paling berjaya sekali.

kenapa??

# Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan... !
✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi... !!
✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib... !

kesan akibat merokok salah satunya lidah tumbuh bulu...
betul atau tak??

sila baca artical ini..


SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK... ..
(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅(​)ڪے

sanggupkah anda menjadi seperti ini...
renung-renungkan..
~RISYA~

Monday, February 13, 2012

Segmen Jika Dan Berapa Soal PM

Assalamualaikum…
Hari ini Risya terpanggil untuk menjoinkan diri Risya dalam segmen ajuran PM…
Siapa PM????
La…tak kenal kew?? Blogger pemdamba mawar yang peramah tu la…

SOALAN 1 : BERAPA KALI ANDA GOSOK GIGI DALAM SEHARI. WAJIB JAWAB.HAHA #SUSAH KAN SEGMEN KALI NI.

Wah susah betul soalan kali ini…
Susah sangat lah..berapa yer..
1.solat subuh..
2.mandi pagi..
4. mandi tengah hari..
5.mandi petang..
6.selepas makan..
7.sebelum tido..
Semua sekali 7 kali… =)

SOALAN 2 : JIKA PM BAGI ANDA RM 200 APA YANG AKAN ADA BUAT ? #KALAU RAJIN HURAILAH ERK PM NAK TAHU BAGAIMANA AWAK MANAGE DUIT.

Rm200???
Perhhhh..gila la..banyak tue…
Tapi Risya nak buat sesuatu yang berharga dengan duit itu..
Yela..Risya kan still study..perlu menggunakan duit yang banyak…takkan la nak bergantung dengan family semata-mata…
So, duit itu Risya akan guna untuk beli makanan …
Bayangkan…
Sehari Risya menghabiskan duit dengan membeli makanan sebanyak
Tengah hari
1=nasi + ayam + air + sayur = rm6
Petang
1.pau + air kotak dutch lady = rm 4
So,sehari rm10…jika dapat rm200 dari PM, risya boleh jimatkan duit Risya..dan mak risya tak payah lah nak bersusah payah masukkan duit selama 20 hari.. =)
Duit yang mak nak bagi tu nanti boleh lah mak beli ubat mak!!!

SOALAN 3 : MANA AWAK TAHU BLOG PM NI? #RINGKAS JE.

Mana tahu blog PM???
PM kan fumous …hihihih..Risya mula tahu blog PM daripada aktiviti2 yang dijalankan oleh sis MAS & tunangnya, bro afiq….
Dan mula kenali blog PM dengan lebih detail di GENG FIQ’RA.

Terasa mencabar betul menjawab soalan PM nie…pape pun tq to PM because ajurkan segmen ini… semoga PM terus success dalam dunia blogger ini…
                                                                                                   Ikhlas dari
~farisya_risya~

Wanita yang Indah


"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya... "

Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku, terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, syurga itu sentiasa menanti mu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada pencipta mu.

Peganglah kata kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kita wanita paling bahagia.


hayati bersama.. =)

Friday, February 10, 2012

Pemenang Contest Kenali Rasulullah S.A.W


Assalammualaikum..

 Tamat sudah CONTEST KENALI RASULULLAH S.A.W by Risya dan Qienah dan tiba masa kami nak umum kan pemenag...


nak tahu Pemenangnya???
memang susah nak pilih sebab dari 100 orang hanya 20 orang sahaja yang gagal menjawab dengan tepat...
so secara tak langsung Risya dan Kak Qienah terpaksa pilih Random di Samping menjawab Jawapan kami dengan kreatif.. =)

TeMpAt PeRTaMa:

~ Ayesha Ramli ~ 
( dipilih berdasar kan entry yang Kreatif dan siap bagi info yang detail sekali..=) )

TeMpaT KeDuA:


number 26

    ~ aze alia ~



TeMpaT KetIGa:


nombor 86

~Iqawangi ~ 

kamu dan kamu semua di minta PM QIENAH or IELA ZIELA aka RISYA

Tamat sudah aktiviti GF yang ke 10..yeahhhhh!!!!!
taniah semua....

p/s = mak dah selamat dibedah

Tuesday, February 7, 2012

Contest sumber inspirasiku / idolaku

ehemmm...hari nie hari contest sedunia...ea silap hari contest GF...
da jadi blog contest pulak...tapi dont worry ini bukan blog content...
nampaknya putry dan kiddie pun sedang menyahut cabaran aktiviti GF ke-10...


siapa sumber Inspirasi RISYA??
dah tentunya ibu bapa Risya yang tercinta..


Kenapa?

walaupun mak dan abah hanyalah peneroka felda,
tetapi mereka telah berjaya membesarkan kami sehingga menjadi seorang yang berjaya.. =)
bukan senang nak jaga Risya yang mempunyai 9 orang adik beradik dan jarak umur hanya dipisahkan SETAHUN dari along samapai kakak nombor 6...
mak abah memang seorang yang tanggungjawab,penyayang dan paling penting mereka terbaik...
tidak pernah abaikan pendidikkan agama dan pendidikkan sekolah even gaji peneroka dulu hanyalah rm100..
so my IDOLA yang saya nak katakan ialah 
MOHD NOR BIN OSMAN
&
ASNAH BINTI DOL

Sunday, February 5, 2012

Contest Gambar Cute Face by Cahaya wahyu & Fazi isma


blog faz & blog cahaya wahyu


tekan sana sini...ini la pic yang terbaik Risya jumpa.. =)






Risya tag semua yang follow Risya..:)

Contest Teka & Menang by Miera dan Nabila

miera and nabila

assalammualaikum..
Risya join lagi contest..kali ini dari adik MIERA & NABILA

jawapan: 100 bintang

Contest saya kaki drama by ika & mazri


nak join contest dari MAZRI dan IKA la pula..

 Buat satu entry tentang 1 drama tempatan dan 1 drama antarabangsa yang anda minati..

Seputih Kasih Ramadhan

sebab: saya memang suka lakonan EJA...apa-apa lakonan dia Risya tengok termasuklah MYA ZARA..
cerita dia sedih gila..seluruh family Risya akan tengok drama nie...
seorang isteri yang taat dan sanggup di masukkan ke dalam penjara walaupun husband dia yang salah.


this is my fov. drama... pernah di tayangkan di TV 2 setiap 6ptg..
cerita dia da lama....jalan dia menarik sebab utama tengok cerita nie ialah ada Jang Geun-suk ..
huhuhuhu.....luv him.. =)




"Contest Aku dan Quote : Sahabat Vs Cinta"

Risya join contest lagi..datangnya dari Kamil Dan Nia..:)

Friends like a sister...


picture ini menunjukkan kami bertiga.. =)

Sahabat sejati ialah kawan ketika senang dan susah...
i luv my friends NURUL SHAZWANNI & NURUL NAFIZA because walaupun lain University tapi persahabat yang dibina sejak dari sekolah kekal sampai sekarang....if Risya ada masalah, mereka yang akan bantu Risya.. =)
pada mereka Risya mengadu, & kepada mereka Risya luahkan perasaan Risya..
Mereka juga mengubah hidup Risya...
luv u...
bagi Risya, Kawan Sejati lebih baik dari bercinta.. =)


p/s = jom join contest Risya pulak..

Contest sweet sour friends by Wan Niahix & Nur Ayi'en




nama: Nurul Suhaida 
nama: Nur Syahira
nama : Nurmalinda

Cerita kami yang sweet??? tak adalah sweet sangat just kami Roommate di KOLEJ DANG ANUM UITM MELAKA. tapi hubungan kami dah macam adik beradik..
makan sama,keluar sama,mandi sama( jangan salah faham ea,bilik air asing2 taw), everything semua sama..
tidak ada rahsia antara kami...even kami gaduh pun only 5 minit...pastu da baek2...
yang sweet nye kami berempat ialah: time mandi...kecoh bilik air...kne mandi sama-sama pastu keluar bilik air pun sama-sama... even salah seorang tak habis mandi lagi...diorang semua kena tunggu...itu la yang sweet..
kalau keluar pulak...kena sama-sama,kalau tak x BEST...
to SYIRO,IEDA, n MALYNN u all my best friends..=) 



Saturday, February 4, 2012

contest : Kata Kunci Strawberi

jom join ....klik SINI


Risya nak sangat pergi UK sebab Risya nak tengok ladang STRAWBERI

pic dari ladang strawberi di uk

sambung cite balik..hihihi...My Sis (kakak angkat Risya) pernah tunjuk picture ladang strawberi membuat Risya nak sangat pergi..Dia juga pernah bagi buah nie sebagai HADIAH hari Risya..tapi sayang bila balik MALAYSIA buah tu pun layu..namun Risya tak kisah sebab ia merupakan lambang KASIH SAYANG antara kami..:)

rule:-

  • Follow blog Gades dan Wanni (wajib dan akan di semak)
  • Buat entri bertajuk "Kata Kunci Strawberi" 
  • Copy banner di atas dan linkkan sama ada gades atau wanni
  • Letakkan satu gambar mengenai tempat yang anda ingin pergi atau sudah pergi 
  • Buat ayat mengenai gambar yang anda letakkan dan kaitkan dengan kata kunci "strawberi", "hadiah" dan "kasih sayang
  • Contoh = Saya teringin ke / saya pernah pergi ke _______________ kerana ____________. 
  • Pastikan ketiga-tiga kata kunci itu ada dalam ayat anda 
  • Letakkan link di ruangan komen gades atau wanni 
  • Tarikh tutup 3 - 9 feb 2012 pada 12.00 tengah malam

jangan lupa join contest Risya lak..= )

Contest "Wish Us Luck" by Ecah & Nfah



jom join..:) klik SINI

nie kata semangat yang akaq buatkhas untuk korang..jangan lupa join contest akaq yer..:)

syarat nak join???

rules contest ni:~ 1)WAJIB follow blog ecah &nfah 
2)Buat satu entry bertajuk "wish us luck" dan berikan kata-k
ata semangat kepada kami yang sedang menghadapi exam
3)Letakkan banner kami yang cute mute ni kat entry korang ye..hehehe 4)Linkkan entry korang ke ruangan komen ecah atau nfah 
5)Lagi bagus 
kalau korang letak gambar or whatelse yangboleh memberi semangat kepada kami(tak wajib)

senang kan??? jom la join..:)

Friday, February 3, 2012

Contest: Kenali Rasulullah S.A.W by Farisya & Qienah


Semperna dengan Maulidul Rasul, Risya bersama my love sis, Qienah ingin mengajak anda semua menyertai Contest: Kenali Rasulullah S.A.W
Sambil kita melibatkan diri dalam aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengenali dan mengingati Nabi Muhammad S.A.W dengan lebih terperinci.
Sebelum Join,jom sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W.. =)

Tak sabar nak tahu syarat untuk contest ini?
syarat untuk contest ini sangat mudah.
syaratnya ialah anda perlu :

1.Follow blog Qienah dan Risya

2. Buat satu entry yang bertajuk contest: Kenali Rasulullah S.A.W by Farisya & Qienah

3. Letak banner yang cute dan comel tu...

4. Jawab soalan yang tertera di bawah 

5. Da jawab??? Linkkan entry anda di ruangan comment.. = )

p/s: sudi-sudilah tag kawan-kawan anda.. = )

SOALANNYA IALAH :-



hadiah lumayan ke tak??
mestilah lumayan kan..

TEMPAT PERTAMA

  &
p/s: baju ikut design kamu yer.. =)

TEMPAT KEDUA

 & 

TEMPAT KETIGA


Thursday, February 2, 2012

Pengkid dan Lesbian

apa maksud Pengkid??
-Pengkid ialah "PEREMPUAN yang menyerupai LELAKI".
Lesbian??
-Lesbian ialah " perempuan menyukai perempuan".
Majoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
kenapa dan mengapa Risya bercerita pasal PENGKID??
sebenarnya Risya da lama nak up date pasal pengkid dan lesbian tapi tidak berkesempatan.
As we Know, LESBIAN dan PENGKID adalah HARAM tapi mengapa mereka mahu melakukannya lagi??
 dari kajian yang Risya yang perolehi,mereka Terjebak disebabkan :

*Secara semulajadi. Dari usia kanak-kanak lagi sudah nampak kecenderungan mereka lebih berminat kepada perempuan, kadangkala diputik ketika mereka dibesarkan seperti melihat lelaki yang disifatkan sebagai ganas seperti bapa yang tidak bertanggungjawab, kaki pukul dan sebagainya.

Fenomena anak gadis terlibat dalam cinta homoseksual berpunca kepada keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual wanita bersama wanita lain.

*Hanya wanita mengetahui keinginan wanita lain dan menjanjikan kepuasan yang lebih

*Berasa lebih selesa kerana tidak terdedah kepada risiko mengandung.

*putus cinta dengan lelaki. Jadi mereka mengambil keputusan untuk tidak bercinta lagi dengan lelaki dan bercinta dengan perempuan.

p/s:saya ambil dari Cik Tikah's Blog dan E-fatwa Malaysia

so..kita perlu mengambil iktibar dan memberi nasihat kepada para lesbian atau pengkid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...