ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Wednesday, February 22, 2012

IBU N AYAH



hari ini Risya terdetik nak buat satu entry about mom and dad... poyonya bahasa inggeris lah pulak... kerana apa Risya tulis entry sebegini? Kerana Manusia zaman sekarang terlupa dan alpa sehingga sanggup mengabaikan kedua orang tua mereka,
ingatlah wahai manusia-manusia,


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya :
” Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan Murka Allah bergantung pada murka kedua ibu bapa”

Hadith Riwayat al-Hakim
ketika kalian masih dalam kandungan IBU kita, mereka tidak pernah sekali merungut, mereka tidak pernah rasa terbeban dengan kandungan yang mereka kandungakan.. malah mereka usap perut mereka dengan berkata
'nak...bila besar nanti jadilah seorang yang soleh dan soleha nak'
ketika mereka melahirkan kita, punyalah pedih punyalah sakit tetapi setelah melihat muka kita, hilang kesakitan yang mereka tanggung...malah mereka mampu tersenyum dalam kesakitan melihat muka kita.
ayah,ayah ini lah yang membanting tulang untuk membesarkan kita.. mencari rezeki untuk mencari sesuap nasi..mereka juga sanggup berkelaparan hanya kerana ingin menyekolah kita..tapi apa balasan kita pada mereka???
cuba tanya diri kita.. Apakah mereka bangga dengan sikap yang ada pada kita sekarang jika kita seorang PENAGIH DADAH?? apakah mereka gembira melihat kita tidur dibawah jambatan? apakah mereka gembira kita menghantar mereka ke rumah orng tua?? apakah mereka gembira??
ketika kita sudah bekerja, sanggupkah kita membiarkan ibubapa kita dihantar ke RUMAH ORNG TUA? sanggupkah kamu semua? orang yang telah membesarkan kita, yang menjaga kita lagi kecil, orang yang mendidik kita sehingga kita berjaya, kita ABAIKAN... tidak kah bertapa kejamnya diri kita? tidak berasa hinakah diri kita??
Bayangkan jika kita dapat tahu ibu bapa kita telah menemui TUHAN yang ESA..apakah ada kemaafan di hati mereka? apakah ada kekesalan dihati kita?
Risya masih berpegang dengan kata-kata seorang ustaz..
 “Anggap mak kita sentiasa perfect, anggap bapak kita sentiasa perfect.”
renung-renunglah kan..
p/s: ya Allah... ampun kan dosa ibu bapa ku Ya Allah....ampun kan dosa ku ya Allah...
Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil: Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." [QS. Al-Baqarah:83]

2 comments:

Qienah said...

jom join segmen :)

hepilife-einah.blogspot.com/2012/02/segmen-limited-review-by-nabila.html

CeritaSekupang said...

rindu mak dengan ayah.. :'(

SinGgAH SiNi

jom singgahPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...