ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Wednesday, April 25, 2012

cara2 menjadi model usahawan islam berjaya

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

agak lama bukan Risya menghilangkan dirikan.. baiklah entry yang risya mahu sampaikan ialah cara2 menjadi model usahawan islam berjaya 
kenapa Risya pilih tajuk ini ??? sebab Risya tengok hari ini, ramai umat-umat islam yang menjadi peniaga, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk menjadikan diri mereka seorang usahawan yang berjaya.
 Risya nak kongsi dengan kamu semua, sebuah buku yang Risya baca dari pakar motivasi dan menjadi idola Risya sendiri iaitu Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

memang tidak dapat dinafikan, Kemahiran dan pengalaman amat mustahak bagi kejayaan sesuatu perniagaan.
tetapi dimana kamu perlu mendapatkan pengalaman?
antara langkah awal sebelum berniaga, kamu mestilah:

1. bekerja dengan orang lain terlebih dahulu
2. jangan curi tulang ketika bekerja
3. mulakan perniagaan secara kecil-kecilan
4. mengambil cuti 6 bulan tanpa gaji untuk menguji ketahanan diri.
5. mendapatkan banyak pengalaman.
6. modal yang cukup dalam masa 6 bulan yang pertama.

 Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah juga telah memberitahu tentang TIPS memantapkan diri untuk berniaga.

1. berkawan rapat dengan usahawan yang telah berjaya
2. belajar daripada orng yang biasa atau pernah gagal dalam perniagaan.
3. selalu mengikuti kursus atau membaca buku
4. mencari modal
5. mendalami pengatahuan dalam bidang anda ceburi.

jika anda nekad , pastikan faktor-faktor ini yang menekadkan anda untuk menjadi ahli perniagaan..

*ingin bergelar usahawan
*membebaskan diri dari rutin harian
*ingin berubah angin
*ingin menjadi bos sendiri
*meningkatkan tarap hidup anda
*bosan dengan kerja dahulu

 Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah juga memberikan petua untuk murah rezeki dalam perniagaan. perkara ini memang semua perniaga mahu kerana ianya dapat memberi keuntungan  bagi menjamin perniagaan anda.
antara yang dapat risya simpulkan ialah.

--> patuh dengan suruhan Allah
--> bermunajat pada malam hari
--> mendoakan ibu bapa
--> menbaca Al-Quran
--> solat taubat
--> istigfar
--> solat sunat isyrak dan dhuha
--> bersedekah
--> bertawakal pada awak
--> membantu golongan miskin 
--> memberi binatang makan
--> tunaikan haji @ umrah
--> senyum
--> dan paling penting berumah tangga jika BUJANG

anda juga mestilah ada kekuatan dan ketahanan diri. Maka, anda mestilah berfikir bolehkah anda :-

# adakah anda sedar bahawa menjalankan perniagaan sendiri memerlukan masa 12-16 jam? dan bekerja pada hari cuti AM dan ahad?
# adakah anda mempunyai stamina yang cukup?
# adakah anda mempunyai emosi yang cukup kuat?
# adakah keluarga anda sanggup turun padang jika anda ditimpa kesusahan?
# adalah anda sanggup dipandang rendah oleh kaum keluarga yang menilai anda telah kehilangan taring?
# adakah anda sedia untuk kehilangan wang simpanan?

jika YA , tahniah, anda memang telah bersedia untuk menjadi seorang usahawan. tetapi anda harus ingat, 
anda perlu cekal dan tabah untuk menghadapi sebarang dugaan dan rintangan yang melanda.

okeylah, setakat ini sahaja, esok kalau ada masa, Risya sambung lagi yer.. =)
gudnite dan Asslamualaikum..

2 comments:

fiQ'Ra said...

akak suka lah entry ni.. bagi tips dan semangat untuk mulakan bisness dgn adanya usaha dan tawakkal.. :)

lieynanilaz said...

tips memotivasikan diri untuk berjaya.....ramai yg saya baca kisah2 usahawan berjaya bermula dari bawah...

SinGgAH SiNi

jom singgahPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...