ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Monday, August 13, 2012

siapa Shahzril Ahmad?

Assalamualaikum..

Shahzril Ahmad? who? tak pernah kenal pun.. mungkin itu yang berada di fikiran kamu semua.. Bagi yang mengikuti rapat Pencarian Hero Remaja 2011/2012 mesti nama ini tidak asing lagi. Ikuti temubual Risya dengan seorang insan yang sedang meningkat naik dalam industri seni tanah air kita.

Beliau ialah Shahzril Ahmad, anak kepada Encik Ahmad dan Pn Zabidah yang dilahirkan di bumi Hang Tuah. Dilahirkan pada April 29, 1989 dan merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik beradik.Beliau juga merupakan pemegang ijazah sarjana muda pentadbiran korpat.
Mahu apa lagi...jom kenali Beliau dengan lebil lanjut...

Siapakah yang membawa Shahzril di dalam bidang seni ini?

bermulanya dari seorang kenalan iaitu merupakan seorang wartawan yang juga bekas staff REMAJA.Beliau telah melihat saya di Facebook dan dapat melihat bakat yang ada pada saya melalui rupa saya dan juga personaliti saya.Beliau juga yang membawa saya menceburi bidang modelling dan telah terpilih untuk menghiasi ruangan personaliti pilihan.

Bagaimana Shahzril terbuka hati untuk menyertai HR?

Beliau telah suggest saya untuk sertai HR dan Alhamdulillah, REzeki berpihak kepada saya. Saya telah dipanggil untuk ke casting HR top 80.Before casting itu,saya telah diberi peluang untuk photoshoot bersama-sama dengan remaja under Remaja Pilihan.Jadi disitulah saya mula dikenali ramai. Akan tetapi, Rezeki saya dalam HR tidak lama, hal ini demikian kerana saya gagal untuk ke Top 25.

Kenangan Di dalam HR?

Ini merupakan kenangan yang saya tidak dapat lupakan. Semasa Casting, saya merupakan Peserta HR yang paling lambat datang kerana mengalami masalah teknikal. Setiba sahaja saya sampai di dewan, Saya terdengar tepukan yang gemuruh dari HR yang lain. Ya ALLAH, malu yang teramat. Hanya Tuhan sahaja mengetahui perasan saya ketika itu.

Tujuan Shahzril menyertai HR?

semua orang ada tujuan, dan of cause la saya juga mempunyai aim sendiri. tujuan saya ialah menjadi HR sebagai platform saya untuk mejadi seorang pelakon seperti Fizzo dan Kamal Adli.

Hala Tuju selepas tersingkir dari top 25?

selepas tidak terpilih ke peringkat seterusnya,saya kuatkan semangat dan menanam tekad tanpa HR, saya boleh juga meneruskan penglibatan saya dalam dunia seni ini. Alhamdulillah, sehingga sekarang ada sahaja job yang saya perolehi dan sekarang saya berpeluang berlakon di bawah arahan shuhaimi lua.

Ucapan akhir untuk peminat yang sehingga sekarang still support Shahzril?

Ada ke peminat saya yer? hihihii..... But im always thankfull to those people yang tidak putus-putus bagi semangat dan support saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang Oda, abang Shuhaimi lua dan Yus yang terus bagi saya peluang untuk melibatkan diri dalam dunia seni ini. thankz to them.

begitulah secara ringkasnya, temubual diantara bekas HR ini. Risya harap kamu semua still support him walaupun beliau tidak menjadi finalis pencarian Hero Remaja 2011/2012.. kata akhir dari Risya, jom usha picture Shahzril Ahmad.... =)

   

No comments:

SinGgAH SiNi

jom singgahPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...