ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Monday, September 10, 2012

pendatang baru : ERY MA'AROF

Ery Ma'arof

salam 1 malaysia.. disini Risya begitu gembira kerana dapat menemu ramah jejaka handsome dan macho ini siapa lagi kalau bukan Daing Zairi bin Ma'arof atau lebih dikenali sebagai Ery Ma'arof. beliau merupakan anak ke 12 dari 14 orang adik beradik ini berasal dari Ayer Hitam, Batu Pahat.
 Jejaka yang lahir pada 8 oktober 1984 ini merupakan seorang pendatang baru dalam arena industri tanah air ini.. Antara lagu-lagu beliau ialah melukis awan dan terpaut.
Jom ikuti perjalan ERY dalam menempuhi onak duri dalam persada hiburan muzik tanah air.

Bagaimanakah anda boleh berkecimpung dalam dunia seni ini?

Ery aktif menyanyi sejak berumur 11 tahun…sbenarnya dah lama nak nak menjadi penyanyi tetapi keluarga suruh belajar dulu sehinggalah ery habis belajar di UKM….minat yg mendalam menyebabkan ery bertekad untuk melahirkan single album…

Siapakah yang mula2 membawa anda kedunia seni?

Ery diperkenalkan kepada Saari Amri oleh kawan ery dan Alhamdulillah selepas mendengar demo dr Ery, abg Saari bersetuju untuk menghasilkan satu lagu nyanyian Ery dan akhirnya terhasillah lagu Astaghfirullah Al Azim dan Tak Takut….dr sinilah bermulanya karier ery sbg penyanyi…

Adakah single pertama anda mendapat sambutan dan diterima masyarakat?

Alhamdulillah lagu Astaghfirullah Al Azim mendapat sambutan yang sebaiknya dr semua peminat muzik tempatan..Lagu berkonsepkan ketuhanan ini telah pun dilancarkan pada 13 Ogos 2011 semasa bulan Ramadhan yg lepas…

Pernah menyertai mana-mana pertandingan nyanyian?

Banyak pertandingan yang ery sertai sebelum ery menceburi industry ini..Antaranya Sinaran Rakan Muda, Metro idol, Bintang UKM dan banyak lagi.

Harapan anda di dalam industry hiburan ini?

Ery berharap kehadiran Ery diterima oleh semua dan sokongan semua amat ery harapkan untuk ery terus bertapak dalam industry ini…Azam ery untuk tahun 2013 ialah ery akan mencipta lagu untuk diri sendiri dan kepada sesiapa penyanyi yg memelukan lagu baru…

begitulah temu bual ringkas diantara Risya dan Ery.. kepada sesiapa yang masih belum dengarkan lagu Ery, dengarkanlah di SINI!!!
l
l
l
l
V

melukis awan

terpaut

astaghfirullah al azim

p/s: tengah edit picture Risya dengan player, jika tidak ada arah melintang Risya update minggu nie..=)

No comments:

SinGgAH SiNi

jom singgahPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...