Sunday, January 27, 2013

Toturial download photoshop CS7

Assalammualaikum...

okey... Riss nak bagi korang semua toturial download photoshop CS7..


first step:

download this PHOTOSHOP CS7

da siap tue...korang masukkan nombor series dia nie ------>  1045-1208-8261-8319-6942-3707
( jangan silap yer kawan2 )

so kalau da jadi jom kita edit..yeahhhh

open adope photoshop cs 7.0

jom kita edit.....

p/s: da siap jangan lupa bagi tahu jadi ke tak yer...:)

Thursday, January 17, 2013

mari kita mengerjakan solat sunat dhuha


Assalamualaikum..
 hari ini Riss, nak kongsi dengan korang semua tentang fadhilat solat Dhuha ni..

 Apa itu solat Dhuha?
 Solat Dhuha ialah solat sunat di waktu pagi.  Solat ini salah satu solat sunat yang tidak pernah di tinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

 Kelebihan Solat Dhuha ini ialah:-
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


jom sama-sama hafal doa Dhuha ini..=)

video

Isya-Allah semoga kita semua mendapat keredhaannya...

Wednesday, January 9, 2013

Jom ke group and page hijabers Malaysia

Assalammualaikum...hye semua reader Blog Mrs. F aka Riss..sihat tak? Hari ini Riss mahu mengajak korang semua ke Grup Hijabers Malaysia . Ada apa disana? Disana khas untuk kaum Wanita sahaja. Bestnye Group ini ialah admin-admin group ini memang baik. Disini juga Riss dapat kenal kawan-kawan yang baru malah jika kamu mahu tanya pendapat disini pun, anda semua tidak berasa malu. Kerana group ini semua Wanita dan di privacy kan. So, lelaki2 diluar sana tidak dapat melihat apa yang kita bincangkan.
 Di sini juga terdapat butik2 yang menjual pelbagai barang yang khas dan bersesuaian untuk para muslimah. Group ini juga telah dirasmikan pada 3 nov 2012. 
Group ini juga ada peraturannya. Antara peraturannya ialah:-

1. Only hijaber and new hijabers or will be hijabers are allowed of this group.
2.Members can add any hijaber friends into this group. the more, the merrier..
3. Members or Online Shop are not allowed to advertised their product or servise without permission from admin team.
4. Only for Gurl not for Men

Riss harap semua Gurl menyertai group ini.. Group ini sememangnye terbaik..=)



Tuesday, January 8, 2013

Perbezaan Model & Talent

Assalammualaikum..

Gempak atau tidak tajuk diatas...Ramai adik-adik yang bertanya dengan Riss perbezaan Model dan Talent ini. So, kak Riss hendak menjawab persoalan adik SCHA tentang perbezaan di antara Talent dan Model. Bagi mereka yang telah masuk bidang seni ini, kalau mereka tidak tahu perbezaan ini, Riss tidak dapat berkata apa-apalah..hihihi

TALENT ----> Talent like if mereka mahu membuat sesuatu portfolio, mereka kena bayar. Kebiasaannya, talent ini jika mereka membuat photoshoot dengan photog mereka tidak dikenakan bayaran,malah mereka pula kena bayar.. Tetapi harus di ingatkan, tidak semua talent tidak dibayar. Menurut Majalah Tampan & Bergaya, model IKLAN itu di klafikasi sebagai TALENT juga, Mahu tahu kenapa? jom baca Model pula.

MODEL ----> model adalah peragawan dan peragawati yang membuat pertunjukkan fesyen/catwalk. Mereka mestila berukuran 5 kaki 9 inci keatas dan mempunyai bentuk badan yang menarik. Mereka sememangnya dibayar dengan harga yang tinggi.

okey la, Siapa yang mahu mengetahui perbezaannya, silalah baca Majalah Tampan & Bergaya..sori sebenarnya banyak lagi yang Riss nak terangkan, tapi dah nak magribkan. Post yang ini mengikut pengetahuan Riss dan Majalah-majalah yang Riss baca. Jika salah, tolong betulkan yer.. Sehingga kita bertemu lagi...daaa

this a model


Sunday, January 6, 2013

Segmen : Saya Blogger Dari Negeri..

segmen dari blog FizGraphic

Riss di Tag oleh seorang blogger dari selangor untuk join segmen dari Blogger Apit ini. tapi Riss act bukan dari selangor. Riss anak kelahiran bumi bertuah adat perpatih, NEGERI SEMBILAN...=)
Ramai yang tahu bukan Negeri kesayangan Riss ini, satu-satunya negeri yang mengamal adat perpatih.. okey, Riss akan cerita serba sedikit tentang makanan yang paling Popular di negeri Riss ni. sebelum itu, Riss nak  cakap loghat Negeri Sembilan la.

makanan yang paling sodap kek sini iyolah masakan gulai. Gulai ini lobih dikonali sobagai masak lomak cili padi. laie podeh laie sodap. Sapo yang tak makan memang rugi. Maun makan? mari doreh datang sini, Riss masakkan. pasti kamu semuo tak maun balik..hihihi

okey la, sampai disini sahaja cerita Riss,loghat Riss x pekat mana pun..hihihi.. sehingga bertemu kembali...byee..=)

Saya Blogger Dari NEGERI SEMBILAN..=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...