Friday, April 5, 2013

hokey player: Faizal Saari

salam satu blogger, Risya minta maaf kalau entry risya kali ini kurang menarik..sebab apa risya cakap macam itu? risya bukan guna lappy tapi guna tablet...so agak kelam kabut entry risya kali ini..Faizal Saari merupakan pemain hoki yang cukup disegani dalam dunia sukan berkayu ini..insan yang lahir pada 13 januari 1991 mendapat tempat bermain untuk Malaysia team ketika beliau berumur 18 tahun lagi. Pemain kelahiran Terengganu ini juga merupakan salahsatu pemain yang beraksi diluar negara.Ketika masih lagi berumur 20 tahun, beliau telah di ikat kelab Forestvilla(liga Australia)..Faizal juga telah dinobatkan penjaring terbanyak dikejohanan piala Sultan Azlan Shah iaitu sebanyak 6 gol. Beliau mempunyai larian yang agak pantas dan mempunyai susuk tubuh yang agak kecil. Walaupun bukan artis tapi lonjakkan dan kebolehan beliau telah menjadikan beliau cukup dikenali dan diminati oleh lapisan kaum tidak kira tua dan mudaAkhir kata, beliau memberi nasihat kepada generasi pelapis hoki agar tidak cepat berputus asa dan jangan takut membuat silap.

Tuesday, April 2, 2013

permainan FAM

FAM sekali lagi berjaya menjadi perhatian warga malaysia apabila artikal 88 mereka memakan diri mereka sendiri.
"kes Tuanku Ismail Rumit" persoalannya kenapa rumit? kerana statusnya??? Baginda yang digantung 6 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak dilihat berada dibangku simpanan pemain ketika liga super di antara JDT dan terengganu di Larkin.
Risya berpendapat FAM patut dirombak dan artikal 88 perlu dimansuhkan. selain dari kes Tungku Ismail, FAM turut menjadikan Dato k rajagopal sebagai mangsa artikal 88.
sandiwara apa yang cuba FAM lakukan?? Hanya kerana mengkritik mutu pemainan dan ketandusan penyerang mahu di sabitkan kesalahan? hanya setiusaha agong dan presiden FAM boleh mengkritik??? hak kami sebagai penyokong untuk melihat skuad harimau malaya berjaya..mana??? kami mengkritik kerana sayang akan bola sepak malaysia.. kalau tak boleh mengkritik, ape kata pegawai2 FAM je la yang pergi stadium..kamu je berhakkan..kami sebagai pencinta bola sepak tanah air muak dengan sendiwara FAM.
Jawapan yang Risya mahu dari FAM
1: bila presiden FAM mahu letak jawatan?
2: relevan lagikah artilal 88
#majulah sukan untuk negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...