Friday, November 21, 2014

ComeBack By Dhiya HR

Hello geng.. whatsappp… rock tak Risya hari ini, malas cerita banyak-banyak, hari ini Risya nak buat pengumuman bahawa Risya akan update blog berkaitan dengan superhero semasa finalis hero remaja 2011/2012 dahulu… “dhiya”

(twitter only k, risya tak boleh print screen whatsapp kami, tentang apa yg kami borakkan..(padahal tentang kerjaya dhiya n aktiviti nk gemokkan bahan)..hahaha)

Kenal lagi tak dhiya?? Riss pernah siarkan segman khas untuk dhiya dulu “ kenali Dhiya” yang mendapat lebih 2000 pembaca..dia juga merupakan salah satu finalis pilihan risya ..fuhh… time nak dekat exam Risya sanggup pergi tengok dan menyaksikan “Fattah amin” menjadi juara hero remaja masa itu.
Okey, baru-baru ni, risya ada berhubung dengan dhiya dan bertanyakan tentang perkembangan baru beliau. So sekarang ini dia still lagi aktif dalam dunia hiburan ini, Risya je yang da down cikit dengan dunia seni ini. So, ramai yang tertanyakan apa yang Dhiya sedang lakukan sekarang setelah habis bertanding dalam Hero Remaja yang lepas. Selepas habis Hero remaja itu, kita ada menyaksikan Dhiya berlakon di iklan-iklan TV. Dan yang terbaru, Dhiya telah menghabiskan lakonan pendek ( shortfilm ) di youtube berjudul “eraser” . 


apa yang pasti, seribu ucapan tahniah kepada Dhiya kerana lakonan nya yang cukup2 Risya terpukau bertambah lagi dengan kekacakan dia..cair hatiku…fuhhh.. 
Selain dari itu, dhiya jugak sedang mengacarakan satu program tv iaitu Sungai X-Trem slot aspirasidi rtm 1 pada setiap selasa pukul 3.30ptg. memang gempak beb program ini…


 

act banyak pic lagi..tapi Risya tak larat nak upload..kamu boleh pergi ke facebook sg extreme ...

Monday, November 10, 2014

#ultrasNo9ori dapatkan hooded dan patches ultras no9ori sekarang

Assalamualaikum, Siapa peminat bola sepak, angkat kaki,!!!!! yeahhh kita sama, okey, you know about Ultras Malaya?? okey good if u know, but I tak mahu cakap about UM, I nak cakap about sub dibawah panji Ultras Malaya iaitu.....
l
l
l
V
Ultras No9ori

I know ada di antara anda meminati merchandise ultras kan...even bukan ultras dari nogori korang kan, so semperna anniversary UN9 yang ke 5 dan sebelum barang ini menjadi harga kapatilis, baik korang beli barang exclusive ni.. Rugi beb kalau tak beli, menyesal seumur hidup,  
so, I cadangkan you all beli hooded UN9, yang ini ada dua pilihan, u can choose berzip or tidak berzip.. saiz??? dont worry untuk badan yang comel macam i ni, DB9 menyediakan saiz dari XS sehingga XXL. bila dapat?? da nama pun Pre-Order, so kena tunggu la..bukan hari ini temph, hari ini dapat..pre-order ini akan dibuka sehingga hujung bulan ini..

Photo: Assalamualaikum & slm sejahtera pada semua..
berminat memiliki hooded UN9..berzip & tidak berzip..
PRE-ORDER ini dibuka sehingga hujung bulan ini..
sempena 5tahun UN9..saiz dari XS-XXL..sila pm kami..
sebarang pembayaran boleh dibuat melalui no.acc yg tertera..

selain dari hooded UN9, you all juga boleh dapatkan patches UN9. kalau korang beli dan tampal di topi, jaket autometik korang jadi supermodel yang paling cantik or hensem..kalau tak caya, beli lah...jangan malu2..

Photo: Haa.. As Salam sumo.. Musim baru bolasepak kito dh nak start ..ni haa patches ultras Nogori .. Amat hensem bilo dijahit kek jaket, topi/cap, beg kanvas atau kulit mahu pun kek seluar korang atau pun sofa Umah.. So apo laie, dapek kan skarang dgn pantas sebelum terngango .. Tengkiu 
,waghih!,Bank in dalam akaun MAYBANK DEN BUDAK NOGORI 555171508897.

how to get this?? you all bolehlah pergi ke laman web Den budak no9ori (tekan SINI) untuk maklumat lanjut... ala, PM je mereka, mereka semua baik2 kalau u all tanya...:)

jumpa lagiii!!!!!! terima kasih kerana membeli barangan mereka..TQ

Monday, November 3, 2014

#kenangan oppo piala malaysia 1/11/14

Assalamualaikum..

penat sesangat hari ini..kenapa penat? biar cheq habaq mai na..hahah..loghat utara da keluar..

tepat pukul 9 pagi, my friends yang diketuai oleh Eya , Mekwa dan Zhaf bergerak ke senawang,. I pun pergilah giant, jumpa mereka di sana.dalam pukul 10.25 pagi bermula la era kepenatan kami, why i cakap like this? because kami mahu buat kerja gila.

Malas i nak cerita banyak, tepat pukul 12.35 pm , kami pun sampai ke Palong 9,kira2 kalau ikut pengiraan dari KL ke Palong 9 , kami menempuh perjalanan selama 3 jam 35 minit. Owh, im forget..kami pergi ke palong untuk menghadiri majlis perkahwinan budak UN9 , si Gbeng  aka Zulhaizi.. Ramai jugak la budak-budak yang I kenal datang majlis gbeng ni..



antara gambar-gambar yang sempat I ambil.

After that, kami pun mengelabah gila sebab jam menunjukkan pukul 3 , so, si Eya mengambil keputusan untuk pecut.. dalam kereta tu tawakal sahajalah melihat dia pantu macam orang gila.. mana tak nya, cuba bayangkan dari pukul 3, kami boleh sampai KL pukul 5 , hanya mengambil masa selama 2 jam sahaja..

cerita tak sampai disini sahaja, masa kami sampai SNBJ, hujan turun dengan lebatnya, mahu tak mahu kena jugak beli payung, sebab kami letak kereta dekat Carefour. So, dini bermulanya era kegelisan kami sebab kalau kami lewat, kami tak boleh masuk Stadium.. dalam hujan itulah kami rempuh, kasut memang basah la, tak boleh buat apa..Si Mekwa pulak jalan laju gila, tak pandang kiri kanan, mahu tak mahu I pun tarik tangan Eya untuk ikut rentak si Mekwa,. hilang anak orang nanti sapo nak tanggungjawabkan.. Zhaf pandai2 la jalan sendirikan..sebab dia lelaki..hahahaha (gelak jahat)

sampai je depan Stadium, kami pun cari pintu BIRU, tapi kami salah jalan so, terpaksa tawaf satu stadium.. kamu bayangkanlah bagaimana dan berapa besarnya stadium tersebut.  dan kami terpaksa buat satu round..tapi time tu tak fikir jauh ke tak, kami rempuh je, janji nak masuk stadium..  

Dengan berkat kami tempuh onak duri, kami berjaya memasuki Stadium..yeahhhhh!!! excited gila uolllsss... Di dalam stadium, Geng kami sudah tunggu..who??? mestinya my best friend, semua secret i, semua dia tahu..boleh agakkan sapa..hihi
 #gegadissgegile

so, pung pang pung pang, akhirnya PAHANG menang!!!! yeahhhh... i like Pahang menang..hahaha...tahniah pada kedua pasukan.. Yang i paling excited, I dapat jumpa dengan abang kesayangan ku, otomen taro..hahah..ehhh.. bukan abang ehemmm yer, just abang dan adik sahaja... gila kau tak excited, dari I couple dengan si Ayie, memang aku nak sangat jumpa dia..hahaha..so terima la gambar daripada kami group #gegadissgegiler

p/s thanks kepada abam taro,sebab jadi cameraman tak berbayar..:)








antara gelagat kami di Stadium national bukit jalil..I x boleh ambik pic banyak2 dengan si Ieda n Ct ejaa ni, sebab dorang balik after 1 half.. sedih la jugak, tapi nak buat macammana kan..dorang naik LRT...:((

After game, tradisi biasalah, kalau dulu dengan Ayie, after game, pergi makan dengan mereka pun, after game, makan jugak..perut lapar sebab after rumah gbeng kami tak makan apa-apa lagi..



Borak punya Borak, pukul 4.30 baru balik, dah sampai Rumah si Mekwa, dan2 je I kata tidur 5 minit sebelum mandi, tengok2 terlanjak sampai subuh...hihihi.. before si Eya dan si Mekwa ni hantar I dekat Ktm sg buloh ( doakan i dapat tukar ke sini ), kami sempat berposing sebagai kenangan yang tak dapat dilupakan..




masing-masing mata tak cukup tidur.. walau bagaimanapun misi kami #berjaya.... seronok berkawan dengan geng #gegadissgegiler ni... for my friends, ieda,ct ejaa,mekwa,eya n zhaf , thanks 4 everything... lain kali kita komplot lagi k.. 

time 4 massage... sakit kakiiiiiii!!!! =) 

Thursday, October 30, 2014

#PermintaanCikKyra ---> kenali Lelaki Penipu?


Assalamualaikum... ada dok PM Risya kan kat fb riss aziela,tanya tip lelaki penipu ni..hang ingat den ni blogger cinta cintun ke..hahaha..tapi x nak bagi cik kyra kecil hati, Risya pun carilah dekat VIRTUAL FRIENDS, so, kita Risya creditkan dekat lycos_girl dan little_missy
Berikut adalah ciri-ciri lelaki penipu : 


1.Mudah sangat panggil kita syg (sbb dia ada ramai awek, TERLAMPAU RAMAI,sebab tu tak ingat nama,so panggil syg senang... tak yah ingat nama) 

2.Cepat sangat ckp dia dah jatuh CINTA dgn kita (dia x nak buang masa n nak kita pun cepat jatuh ke perangkap dia) 

3.Bila kita call selalu x angkat.Bila kita SMS, slalu lmbat jwb, Alasan Busy la... tertido la... (Kalau sekali sekala xpe... kalau tiap2 kali kita call or SMS dia ckp mcm tu... there must be something wrong with this guy ... . girls... BEWARE... 

4.Dia ada 2,3 Handphone... ( ini paling bahaya... 1 phone utk bini... 1 phone utk aweks @ cikaro... . ,1 phone utk ofis... ekekekke)

 5.Si lelaki selalu marah kita bila kita lambat angkat call or lambat reply SMS (sbb dia takut kita pun mcm dia... pasang ramai)

6: bila kita ade ngn dia, n ada org lain call hp die, die pergi jauh2 dari kita sebab nk jwb panggilan... ermm..fikirlah kenapa kan.. 

7: bila dia xbagi kite pegang hp dia langsung, jangankan nak pegang, nk tgk2 time dia sms pun dia xbagi..ermm..mmg SAH..ade xkene..

 8: bila dia tengah sms kite elok2, tibe2 dia kta nk TiDO... fuhh... .mmg weird..kalau tgh mlm x apa, ni awal lagi kot..

 9: Bila dia macam gelabah bila kita tuduh dia something..dia mula nk putar cerita, mula2 kita nk salahkan dia, tp last2 dia buat kita rasa kita yg bersalah..punye panjang lebar die membebel marah kite, sebenarnye nk cover salah dia... ahaks!

10.Dia suka ckp besar.YB ni makcik dia... . Menteri tu pakcik dia.Ada rumah besar 500k.Ada company besar... nak expand company la apala.. 

11.Dia x lokek belanja pompuan.Apa saja yg pompuan mintak dia akan bagi.Selagi dia belum dapat apa yg dia mahu ( kaum hawa... kalau dia nak belikan apa2.Terima saja... itu rezeki namanya... tapi jgn sekali2 meminta2.Dia bukan suami kamu... n bila2 masa dia boleh ungkit ttg pemberiannya pada kamu... BEWARE girls... )

 12.Bila kamu tanya nama penuh kamu.dia tergagap2 nak jwb.Sebab awek ramai sgt.sampai terlupa nama kamu siapa 

13.Fakta tentang dirinya selalu berubah2 sejak dari awal perkenalan hingga kini. 

14.Elakkan diri daripada memberi maklumat ttg diri kamu 100 % pada awal perkenalan.Kerana lelaki penipu akan menggunakan info kita utk buat seolah2 kamu ditakdirkan bersama.contoh:tempat lahir kamu... sandakan.dia akan mereka cerita bahawa dia pernah bersekolah di sana.

yg penting dlm sesebuah perhubungan tu,JANGAN TERLALU MENGHARAP dn JANGAN CEPAT PERCAYA DGN KATA-KATA.

jgn la cepat serah-menyerah neh.kalau dia nak kita, dia tunggu la.tak payah la takut kena tinggal,jodoh tu dah lama tertulis utk kita sebelum keluar dari perut ibu lagi.sebelum ruh ditiup masuk ke jasad.

Lelaki ni kalau dia betul2 nak..serious... yg penting IKHLAS dgn kite..semua benda akan lalui jalan dgn MUDAH dan DIREDHA.esok lusa tau2 dah jemput majlis kawen je.

so,perempuan... TIPS nak elak kena tipu,pilih la lelaki yg CAKAP SERUPA BIKIN.DIA NAK YOU,KESUNGGUHAN DAN TANGGUNGJAWAB TU BERIA-IADIORANG LAKUKAN DGN RELA HATI.

bukan susah nak detect diorang ikhlas ke tidak, nak detect 'sweet talker a.k.a penipu ni' senang je..diorang x akan larat nak berlakon 'baik dan suci' smpai 2/3 bulan.dan mereka ini golongan yg cepat bosan.

sbb bila dia da bosan dia akan beralih ke mangsa yg lain... supaya dia dpt ape yg dia hajatkan... 

pengalaman itu mendewasakan & selamat maju jaya kepada sekalian perempuan.

“Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, CINTA, dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib”

Thursday, August 14, 2014

' contest design mafla arsenal 2014 '

Assalamualaikum..

seperti yang dijanjikan di Facebook dan minta pandangan dari admin Arsenal N9 Gooners, saya selaku admin blogger ini,mengumumkan 'contests design Mafla Arsenal fans 2014" kini di buka. 
syarat2 penyertaan, seperti dibawah ini


tarikh penyertaan dari 14/8/14-14/9/14, juri akan di jemput khas dari wakil Arsenal Malaysia. sebarang pertanyaan sila email atau PM sy di FB..tq






Sunday, April 20, 2014

T-Shirt DEN BUDAK NO9ORI!!!!!

Assalamualaikum...
da berabuk belog Risya ni hah..lama tak meng"update"..sebelum bercerita,u all tengok bawa ni..
I
I
I
I
I
V

comel tak? ehhh...silap,lawa tak baju saya..kamu jelous la tu tak dapat baju ni..Risya pun baru je dapat baju ni...tapi bukan dapat FREE ea..beli tau...berapa harga? ermmm nak bagitahu ke tidak yer..tak mahula bagitahu..kamu pergi usha sendiri dekat page den budak no9ori ( tekan yer dekat nama page itu )..


kalau tak mahu tempah online, dan anda mahu tengok kualiti kain ke? printing ok ke? anda bolehlah singgah ke booth si DB9 ni..macam2 jenis pakaian dia jual. antaranya baju "the jang".."buffolo sauljah"..dan lain2..tak surpise la kan kalau risya cerita dekat sini.. 
lokasi booth DB9 ni dekat STAR of PAROI..alang2 kamu nak pergi tengok bolakan,kamu singgahlah booth mereka sekali..sentiasalah support mereka ok? 

Wednesday, March 12, 2014

Pre-Order Mafla Brigade Malaya

Assalammualaikum.. 
nampak tajuk diatas? kalau tak nampak, kamu semua kena check mata la.. buat pengatahuan reader2 blog " blog anak negeri" akan tutup buat sementara waktu bagi sesi membuat domain baru.. insyaallah..tapi blog "belog si gadis noghori" ini,tidak akan ditutuplah dan tidak akan ditukar domainnya sehingga tahun depan.
eh...tak ada kena mengena dengan tajuk diatas..hihihi..

kenal apa dia Brigade Malaya? tidak kenal? tidak mengapa..ni salah satu kata2 yang di petik dalam BRIGADE MALAYA 


Ingat matlamat yang satu ....... " bukan negeri bukan kelab yg diutamakan tapi demi malaysia ..... tanah tumpahnya darahku 

Brigade Malaya - brotherhood in ultras

Itu lah serba sedikit tentang BM ni..so,berbalik pada cerita mafla, act pre order tutup sampai hari jumaat ini, 15/3/14..untuk detail sila pergi ke page BM or hubungi #Khai di nombor 0182381286 
come on lah..please support them..first edition tau..tapi Risya harap kalau beli tu,simpan elok2..tak payahlah nak jual2..kalau jual harga asal tak apa la juga..ni jual dengan harga yang melampau.        

               
mafla

baju

p/s: hapuskan topboy dalam curva!!!!!!!!!



Sunday, March 2, 2014

UM'07 bikin panas

FAM bangsat kami datang FAM bangsat..(2x)
kami turun ke Selayang
satu jiwa sokong malaysia 
FAM bangsat dibunuh saja..

ooooo...FAM bangsat..oooo FAM bangsat...

Presiden FAM sila letak jawatan..
letakkan!!!jawatan!!!
dan rombak FAM

itu lah yang kedengaran di Stadium Selayang apabila sekumpulan anak muda yang tak berapa muda yang dikenali sebagai ultras malaya (UM) melakukan laungan atau chant menandakan protes terhadap FAM. (padan muka FAM)
 setelah silent selama 30 minit, mereka terus membakar flare dan suar. asap telah menyelubungi stadium selayang sehingga perlawanan terhenti lebih 8 minit. 

ceh..ceh..konon nya nak buat ala2 artikal..tetapi, tak kuasa mak nokk...Risya yang ada dekat curva pun terasa bahangnya bila chant FAM BANGSAT tu kan...Risya tak nak kata apa2, kamu semua fikir la..nah video dan gambar..credit to farah aqila dan dunia warrios



  

  

tak larat nak post picture..kamu pergilah kt fb dunia warrios .. banyak pic dia..
#FAMBANGSAT
#PFSLJ
#ROMBAKFAM

maju lah sukan untuk negara..

Friday, February 14, 2014

Presiden FAM sedia letak jawatan?

Assalamualaikum cinta hati Risya. Dah lama Risya tidak menulis Blog. Sebelum berbicara dengan lebih lanjut,izinkan Risya chant sehati sejiwa..

"kami turun ke stadium sehati sejiwa..
malaysia..malaysia
sehati sejiwa"

okey..puas hati chant..ea itu lagu kamilah..ea tidak itu chant kami..begitu la kedengaran orang2 yang tidak tahu malu mengaku chant sehati sejiwa milik negeri mereka. buat pengetahuan kalian, 
Chant ini dimainkan buat pertama kali di stadium keramat negeri sembilan iaitu star of paroi oleh Ultras Negeri sembilan..okey da jelas or mahu risya jelaskan lagi sekali?
kalau nak bertekak lagi pergilah video di youtube sehati sejiwa un9...barulah anda tahu dimana asal chant tersebut..

okey..berbalik pada tajuk di atas,ada hura-hura yang presiden FAM mahu melepaskan jawatan..tapi adakah betul kesahihannya...risya pun tak tahu...tapi yang risya tahu..faktor kesihatan presiden yang menyumbang kepada cerita ceriti ini..
Risya act nak melompat bila dengar,akan tetapi entah betul kesahihannya or tak,so baik kita diamkan diri dan sambil berdoa baginda sihat dan melepaskan jawatan dia...kita kena doa yang baik2..betul tak??
owh ada orang tanya risya hari itu..sama ada betul ke fam bangsat tu haramkan hooligan dan ultras..
yess..memang betul,tapi yang menjadi persoalan mampukah mereka? cuba kita imbas kembali pengharaman venuzuella,flare,resit or drum? jadi atau tidak jadi? so diorang buat cammana pun tidak akan terjadi..sebab hangat2 tahi kucing...ada je yang lepas bawa malah bukan sorang or dua orang..tapi satu stadium..tepuk dada tanya akal jawab sendiri..sehingga ketemu lagi..daa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...