ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Wednesday, December 16, 2015

Memori bersama!!!

Assalamualaikum, hai semua!!!!

Di saat aku mengimbas kembali memori kita,
rasa sebak didada kembali menjelma,
tiada sebarang kata mampuku ucapkan,
melainkan doa-doaku sahaja dapat ku sampaikan.

kawanku,
andai aku boleh mengubah masa,
ingin ku memutarkan masa lalu,
supaya aku lebih menghargai masa-masa kita bersama.

Bisakah kita dapat bersama lagi?
mengulangi detik-detik yang terindah yang kita lalui.
bisakah aku dapat memandang wajahmu?
yang sentiasa muncul di setiap malam ku.

kawanku,
andai kata ini kali terakhir aku dapat bersamamu,
izinkan aku untuk menyimpan semua memori yang kita bina bersama,
aku sentiasa berdoa,
agar kau sentiasa bahagia di dunia dan akhirat.

Terima kasih kawan.








Tuesday, September 29, 2015

Jom Support Sharul AF2015


Hello guys, rindu Risya tak? Tak?? okey fine!!hahaha.. opsss lupa mahu beri salam, Assalamualaikum u'olss..Sihat tak, hari ni,Risya nak ubah topik la pulak.. Boringkan asyik Bola!!Bola!!Bola!! Risya pun sudah muak dengan DUNIA BOLA SEPAK MALAYSIA..Muak dengan sikap BANGSAT2 dalam FAM tu.. alamak, tercarut pula..

Rasa terpanggil pulakan nk buat artikal pasal budak Nogori ni. Jika before ni entry about Hero Remaja, fatah la, Dhiya la, Shahril la, Faisal Saari la (hoki) , kali ini Risya berpaling pula ke Akademi fantasia... Act Risya tak minat sangat AF ni, tapi apakan daya kerana suaranya memukau, Risya akhirnya membuat keputusan untuk membuat entry ini. (poyo tak stament i)


Tapi, jika yang lain Risya sendiri yang chat mereka, jumpa mereka untuk entry mereka, tapi untuk Sharul, Risya tak pernah jumpa dia, so, No many information about him(oh my english).



Cuma yang boleh Risya katakan, Suara dia sedap telinga mendengar. Family dia sangat-sangat baik terutama his mother, Maznah bt baba atau lebih dikenali sebagai Ibu. Sumpah, Family Sharul ni mmg TERBAIK giler.. sporting beb.. 

im so sorry, Risya tak boleh nak interview dia lagi seperti yang risya lakukan dengan budak-budak HERO REMAJA, sebab dia still di Akedemi lagi, Insyaallah, jika ada kesempatan Risya akan menemui Beliau dan tanya more about him. Andai kata, kamu mahu menyaksikan secara live AF or bertanya about ticket or tshirt, bolehlah berhubung dengan Naqiyuddin or abang Sharul sendiri ( HAJI BENGKAK)

Akhir kata,marilah berdoa agar Sharul ke Final AF2015 dan apa lagi jomlah kita

AFUNDI 3/5/10/20 SHARUL dan hantar ke 32777. ( Malaysia )
AFUNDI 3/5/10/20 SHARUL dan hantar ke +60032777 ( Brunei )

eh lagi satu, Good Luck kepada Player Brunei DPMM FC.. today is match.. Do the best,you can do it!!untuk Kamu, Jika masuk Final Singapore Cup, ada hadiah..:p kamu tahu siapa kamu..

Wednesday, September 16, 2015

#31TahunFAMMasihTidur

Fuhh.. berabuk sudah blog Risya..Eh lupa mahu bagi salam, Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua reader.. Issue diatas tidak payahlah mahu Risya terangkan lagi, Dekat dua minggu dada Akhbar siarkan cerita2 ini.Risya just pelik dengan mereka-mereka ini, nda ada berita lain lagi kah? Kes Altantuya,Kes Bunuh or kes berat2 nda mahu pula mereka heboh kan berminggu-minggu. Tapi bila membabitkan FAMBANGSAT dan ultras, fuh mengalahkan kes berat.

Walaupun Risya bukan dari UM'07 tapi Risya selalu mengikuti perkembangan mereka. Mereka adalah peminat tegar dan sanggup buat apa sahaja demi Pasukan Negara walaupun tatkala pasukan negara jatuh. Risya pun tak mampu menjadi mereka yang sanggup pergi merata negara demi pasukan yang mereka cintai.Tabik kepada mereka.

Peristiwa 10-0 telah membuatkan peminat Harimau Malaya terutamanya Ultras Malaya marah dengan pentadbiran FAM yang sedia ada. Dengan kekalahan ini Mereka perlu buat sesuatu untuk membuka mata semua pihak terutama PENJILAT2 MEDIA dan PENJILAT FAM bahawa mereka ada hak untuk menyuarakan pendapat setelah beberapakali mengunakan "SALURAN BETUL"

ya malam itu, terjadinya sesuatu yang dasyat seperti berlakunya malam #30tahunJahanam pada 1 mac 2014. Akan tetapi fenomena ini lagi dasyat kerana dapat perhatian FIFA n AFC. Secara peribadinya Risya betul-betul TABIK kepada UM'07...


antara sebab-sebab UM'07 membaling Suar ialah (penjilat FAMB sila baca k):-

1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.

7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.

8. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

9. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.

10. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.

11. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

12. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

13. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

14. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.

15. FAM merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.

16. Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.

17. FAM turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.

18. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.

19. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan ‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.

20. Pada Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.

21. Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.


22. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.

23. Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.

24. Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.

25. FAM telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.

26. Hak penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.

27. Pada bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.

28. Baucar bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk ‘Lawatan Pasukan Bola Sepak British Premier League Club’.

29. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

30. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.


31. Rekod menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.

Tuesday, June 16, 2015

#GengJerit on Vacation

Cak.. opsss lupa mahu bagi salam..Assalamualaikum warga blog yg Risya amat kasihi.. Lagi berapa hari kita mahu menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.. Sebelum syaaban menutupkan tirai dengan mengantikan bulan Ramadhan, pihak #GengJerit telah mengadakan lawatan sambil membuangkan tekanan perasaan di Melaka Bandar Raya Bersejarah.

Pelbagai kenangan yang berlaku di melaka, dari kami datang sehinggalah balik, dari hujung jusco sehingga penghujung jusco semata-mata ingin mencari pusat karoke. Tapi yang lawaknya, kami tengah bincang nak ambil berapa jam dan Dila da masuk dalam tanya, brader2 kat luar boleh ketawa dan cakap " kami pun nak karok, tapi da tutup" perghhhh lagi tadi tak bagitahu.

Seperti sedia maklum, kami memang tidak boleh berpisah dengan Stadium, lantaran dengan itu ( ayat sekma sat ) sami mempuat keputusan untuk menyaksikan Liga FAM di Stadium Hang Jebat Melaka. 


Tapi kami berterima kasih sangat-sangat pada Fazrol Nazreen kerana kesudian dia menghantar kami ke kereta yang jauhnya berkilo batu. See, kerana bola kami berkawan. HAhahah.. thanks jugak kepada dua orang kawan dia, sanggup keluar kereta sekejab..:* 

Sebenarnya banyak nak dikongsikan seperti sesat di tengah bandar, terlajak mencari homestay, kisah pondan mencari pelanggan, kisah pergi Stadium follow abam sticker Ultras Malaya (nasib baik betul dia nak pergi stadium, kalau dia singgah rumah dia, krik krik kri la jawabnya ) , kisah awek pakwe dating dalam bergelap, kisah karok lagu dangdut n sesat mencari kbox di Dataran Pahlawan, Kisah Panjat gunung pasir yang berjalan ke sana ambil masa setengah jam tapi maklumlah risya guna PC office, so i share uolss gambar sahaja k... 


Sekian sahaja cerita dari kami #GengJerit, 1001 kisah, suka duka pahit ranjau yang kami lalui,Semoga persahabatan kami kekal berpanjangan biar pun sudah berkeluarga kelak. Mereka la kakak, mereka la adik, n I love them so much, biar kehilangan kekasih tapi tak sanggup kehilangan mereka. Mereka lah yang membuatkan hidup ku lebih ceria, Menangis bersama, susah bersama..
Semoga bertemu lagi Melaka dan Selamat berjumpa Pulau Pinang!!!!!!

Friday, April 24, 2015

#GengJerit kawan,sahabat atau Family??


IEDA , SUE , AINIL , ME , CT , DILA


Geng Jerit??? Apa tu.. macam gedik je nama tu... hahaha.. itula yang akan terlintas dalam pikiran manusia-manusia di Malaysia ini.. 

Tapi bagi Riss, Geng Jerit adalah sesuatu yang luar biasa dari Geng2 lain yang Riss join.. boleh dikatakan Geng ini mempunyai Aura yang tersendiri.. Sesiapa yg tahu mesti dapat rasa kehebatan #GengJerit ini... 
Siapa ahli Geng ini yang pentingkan...Geng Jerit terdiri dari 6 gadis yang jelita,comel,manja,cute,cantik dan jugak menawan.

Kawan??? kami tak rasa kami adalah kawan atau sahabat..tetapi kepada Adik dan Kakak..kira macam satu Family la. Geng ini juga telah mengajar Riss akan sikap bertolak ansur, tolong menolong, bertimbang rasa serta hormat menghormati antara satu sama lain. Bagaimana kami boleh berkawan?? Cara perkenalan kami agak unik la, sebab kami ini pencinta Bola Sepak Tempatan jadi secara tidak langsung kami terjumpa di Stadium. Disitula bermulanya persahabatan kami. 

Geng Jerit sebenarnya diberi nama diatas sikap kawan2 Riss yg suka menjerit dalam Stadium setiap kali game membabitkan Selangor FA .. Sesiapa yang duduk area Gate 5 or IMD pastinya sudah mengenali Sikap gadis2 ini.Walaupun Riss bukan berasal dari Selangor, mereka tidak sesekali pinggirkan Riss, malah Riss sendiri akan turun ke S.Alam tuk memberikan sokongan terhadap team Selangor jika tidak game membabitkan pasukan NS matrik.

Sesungguhnya Mereka adalah kawan, Sahabat, Kakak dan Adik yang Riss sayang sangat. Mereka la tempat Riss mengadu, tempat Riss luahkan tension, tempat Riss Gembira,sedih,suka dan duka... Terima Kasih Ya Allah Kerana Memberiku Kawan Yang Sentiasa Disisiku Disaat Susah Dan Senang. Buat Ct,Ieda,Dila,Sue dan Ainil..terima kasih I walaupun I bukan dari Selangor...hihihihi... Muahhhh





#GengJerit SELAMANYA... PEACEEE

Sunday, April 5, 2015

Arsenal Family 4 april 2015

Assalamualaikum guys...

Berabuk sudah Riss punya blog ni.Lama tak update, tak kemaskini...Tetiba hari ini terasa nak update entry. 

Rasanya siapa yang da ikuti blog lama " dunia football" Riss dari 2007, mereka pastinya tahu i fanatik dengan pasukan Arsenal...( Rindu blog tu..ishh..ishh..ishh ) 

So, berbalik pada tajuk sebenar, Riss telah mengikuti satu gath yang dianjurkan oleh club-club Arsenal ni.. Act ikut orang je...thanks pada yang bawa Riss..Seperti biasa , Riss ke sana menaiki pengangkutan awam iaitu KTM..sampai sana, adalah orang ambil..hukhukhuk

oh ye, lupa nak bagitahu, gathering tu diadakan di port Arsenal Malaysia Gooners (AMG) iaitu di AFC Corner,Wangsa Maju. Ala...depan hospital tentera tu... Gath ni sebenarnya dianjurkan oleh Gunners Fan Page (GFP), Gooners Malaya (GM), Malaysian Goonerettes (MG) & Briged Gunners (BG) dengan kerja sama Arsenal Malaysian Gunners (AMG).

Riss rasa semua da tahu result kan.. well, malas nak cakap, Arsenal memang power giler.. takat liverpool boleh makan la...hahaha

baby Arsenal...anak ( AMG ) comelkan dia...hihi.. dapat jugak jumpak budak2 AMG, paling excited nak jumpa TOM..haha.. tp wan retis x datang..sedih sikitlah kat situ..:(

paling syok actor,model datang jumpa Riss..wahhh.. nampak tak, bukan Riss jumpa dia, tapi dia jumpa riss ( ok, nie nampak sangat poyo ). sebenarnya kami da kawan sejak mula2 dia masuk Hero Remaja 2010. masa tu bersama dengan si fad, fatah amin, naz,azfar, sharul, dhiya dan lain2.. maaf kalau ada tak sebut.. lupa..hihihi .. moment gan budak HR mmg x dapat lupa la, terutama masa final HR..mmg gempak..:)

ni pic yang dia belakon


ni pic gan dia semalam.. sama tak kat TV and secara live muka dia..lupa kan seketika, Riss nak upload pic gath semalam...saksikanlah kemeriahannya...huhuhu

       



Salam 4-1 dari kami semua..yeahhhhhhh....

 picture oleh @enanee nadrah @mira senrose @muhammad nasiruddin bin hanafiah


Sunday, January 11, 2015

#ThrowBack AFF 2014 with BFF

Hye guys!!!!! Selamat Tahun Baru... Sebenarnya Risya sudah lama nak update satu entry ni, tapi kerana tiada masa yang terluang, Risya terpaksa tangguhkan dulu. Maklum la, semenjak Manager baru ni masuk, Risya tak boleh rileks lagi. 

Bola?? Bila berkata tentang bola, orang lelaki akan kata " girl tengok bola sebab pemain, sebab nak dapat perhatian". Tapi bagi kami yang juga merupakan "perempuan" ianya kerana minat yang mendalam terhadap sukan no 1 negara ini. Risya sangkal kata-kata lelaki tersebut. Mereka ingat Kami ni like that ke?? huh... Bola itu seumpama Maruah negara.. dan serius Risya cakap, Risya sanggup tinggalkan CINTA MANUSIA YANG BUKAN MUHRIM dari tinggalkan bola.

Bebalik cerita AFF tadi, dari Awal AFF sehingga Akhir AFF, rasanya dekat seribu la duit terbang tanpa nampak kelibatnya lagi. Lebih memilukan, bila tiba dinegara orang, duit ditangan hanya cukup2 makan sahaja dan untuk mencari makanan halal teramatlah susah.lebih sedih lagi, kami tiba di Singapura pada pukul 12 tengah hari. bayangkan kami duduk depan toilet, n cari tempat solat punya susah ( bukan susah, tapi tiada surau pun, solat dekat tempat menyusukan baby). selama 8 jam, kami kebosanan sampai orang pandang pun pelik..hikhik..

Bangkok??? time ni, Risya tak pergi tetapi Risya ada wakil untuk ni... Bayangkan EYA n MEKWA sahaja yang pergi without kami, tapi demi cinta mereka terhadap bola, Mekwa terpaksa MC  dari practical n Eya cuti secara mengejut. pergi dan balik dekat seribu gak duit mereka habis..hihihihi...

SSA dan SNBJ, Risya rasa tak payah cerita kot, sebab HOME kita kan, da tentu tiada masalah walaupun Risya terpaksa cuti mengejut ..nasib baik bos memahami..hihihi

Disini Risya nak cakap, ramai kata bola ini kejam, sebab bola ramai yang bergaduh... tapi jika kita faham tentang bola ini, dia sebenarnya mengajar kita tentang persahabatan,. Contohnya, dari mana Risya kenal kawan-kawan Risya like Eya,Mekwa,Ct Eja,Dila,Ainil,Ieda,..... semuanya dari BOLA.. di situ mulanya persahabatan kami walaupun berlainan negeri. Even, pasukan kami berentap, tapi kami tak pernah bermusuh.. menang kalah adat permainan.

Kawan sejati itu ibarat tangan dan mata, saat tangan terluka mata menangis dan saat mata menangis tangan menghapusnya..Kawan sejati adalah kawan yang ada di saat kita senang dan susah, kawan yang menolong kita tanpa ragu dan syarat.. kawan sejati adalah kawan yg tertawa bersama kesenangan dan menangis bersama penderitaan. Terima Kasih kawan..I Love You!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...