ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Sunday, January 11, 2015

#ThrowBack AFF 2014 with BFF

Hye guys!!!!! Selamat Tahun Baru... Sebenarnya Risya sudah lama nak update satu entry ni, tapi kerana tiada masa yang terluang, Risya terpaksa tangguhkan dulu. Maklum la, semenjak Manager baru ni masuk, Risya tak boleh rileks lagi. 

Bola?? Bila berkata tentang bola, orang lelaki akan kata " girl tengok bola sebab pemain, sebab nak dapat perhatian". Tapi bagi kami yang juga merupakan "perempuan" ianya kerana minat yang mendalam terhadap sukan no 1 negara ini. Risya sangkal kata-kata lelaki tersebut. Mereka ingat Kami ni like that ke?? huh... Bola itu seumpama Maruah negara.. dan serius Risya cakap, Risya sanggup tinggalkan CINTA MANUSIA YANG BUKAN MUHRIM dari tinggalkan bola.

Bebalik cerita AFF tadi, dari Awal AFF sehingga Akhir AFF, rasanya dekat seribu la duit terbang tanpa nampak kelibatnya lagi. Lebih memilukan, bila tiba dinegara orang, duit ditangan hanya cukup2 makan sahaja dan untuk mencari makanan halal teramatlah susah.lebih sedih lagi, kami tiba di Singapura pada pukul 12 tengah hari. bayangkan kami duduk depan toilet, n cari tempat solat punya susah ( bukan susah, tapi tiada surau pun, solat dekat tempat menyusukan baby). selama 8 jam, kami kebosanan sampai orang pandang pun pelik..hikhik..

Bangkok??? time ni, Risya tak pergi tetapi Risya ada wakil untuk ni... Bayangkan EYA n MEKWA sahaja yang pergi without kami, tapi demi cinta mereka terhadap bola, Mekwa terpaksa MC  dari practical n Eya cuti secara mengejut. pergi dan balik dekat seribu gak duit mereka habis..hihihihi...

SSA dan SNBJ, Risya rasa tak payah cerita kot, sebab HOME kita kan, da tentu tiada masalah walaupun Risya terpaksa cuti mengejut ..nasib baik bos memahami..hihihi

Disini Risya nak cakap, ramai kata bola ini kejam, sebab bola ramai yang bergaduh... tapi jika kita faham tentang bola ini, dia sebenarnya mengajar kita tentang persahabatan,. Contohnya, dari mana Risya kenal kawan-kawan Risya like Eya,Mekwa,Ct Eja,Dila,Ainil,Ieda,..... semuanya dari BOLA.. di situ mulanya persahabatan kami walaupun berlainan negeri. Even, pasukan kami berentap, tapi kami tak pernah bermusuh.. menang kalah adat permainan.

Kawan sejati itu ibarat tangan dan mata, saat tangan terluka mata menangis dan saat mata menangis tangan menghapusnya..Kawan sejati adalah kawan yang ada di saat kita senang dan susah, kawan yang menolong kita tanpa ragu dan syarat.. kawan sejati adalah kawan yg tertawa bersama kesenangan dan menangis bersama penderitaan. Terima Kasih kawan..I Love You!!!!


2 comments:

Bayu Alam said...

Gambor abg x dok

riss aziela said...

abang bayu muncul tatkala makan sahaja...hahaha

SinGgAH SiNi

jom singgahPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...