ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Tuesday, June 16, 2015

#GengJerit on Vacation

Cak.. opsss lupa mahu bagi salam..Assalamualaikum warga blog yg Risya amat kasihi.. Lagi berapa hari kita mahu menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.. Sebelum syaaban menutupkan tirai dengan mengantikan bulan Ramadhan, pihak #GengJerit telah mengadakan lawatan sambil membuangkan tekanan perasaan di Melaka Bandar Raya Bersejarah.

Pelbagai kenangan yang berlaku di melaka, dari kami datang sehinggalah balik, dari hujung jusco sehingga penghujung jusco semata-mata ingin mencari pusat karoke. Tapi yang lawaknya, kami tengah bincang nak ambil berapa jam dan Dila da masuk dalam tanya, brader2 kat luar boleh ketawa dan cakap " kami pun nak karok, tapi da tutup" perghhhh lagi tadi tak bagitahu.

Seperti sedia maklum, kami memang tidak boleh berpisah dengan Stadium, lantaran dengan itu ( ayat sekma sat ) sami mempuat keputusan untuk menyaksikan Liga FAM di Stadium Hang Jebat Melaka. 


Tapi kami berterima kasih sangat-sangat pada Fazrol Nazreen kerana kesudian dia menghantar kami ke kereta yang jauhnya berkilo batu. See, kerana bola kami berkawan. HAhahah.. thanks jugak kepada dua orang kawan dia, sanggup keluar kereta sekejab..:* 

Sebenarnya banyak nak dikongsikan seperti sesat di tengah bandar, terlajak mencari homestay, kisah pondan mencari pelanggan, kisah pergi Stadium follow abam sticker Ultras Malaya (nasib baik betul dia nak pergi stadium, kalau dia singgah rumah dia, krik krik kri la jawabnya ) , kisah awek pakwe dating dalam bergelap, kisah karok lagu dangdut n sesat mencari kbox di Dataran Pahlawan, Kisah Panjat gunung pasir yang berjalan ke sana ambil masa setengah jam tapi maklumlah risya guna PC office, so i share uolss gambar sahaja k... 


Sekian sahaja cerita dari kami #GengJerit, 1001 kisah, suka duka pahit ranjau yang kami lalui,Semoga persahabatan kami kekal berpanjangan biar pun sudah berkeluarga kelak. Mereka la kakak, mereka la adik, n I love them so much, biar kehilangan kekasih tapi tak sanggup kehilangan mereka. Mereka lah yang membuatkan hidup ku lebih ceria, Menangis bersama, susah bersama..
Semoga bertemu lagi Melaka dan Selamat berjumpa Pulau Pinang!!!!!!

No comments:

SinGgAH SiNi

jom singgahPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...