ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Tuesday, September 29, 2015

Jom Support Sharul AF2015


Hello guys, rindu Risya tak? Tak?? okey fine!!hahaha.. opsss lupa mahu beri salam, Assalamualaikum u'olss..Sihat tak, hari ni,Risya nak ubah topik la pulak.. Boringkan asyik Bola!!Bola!!Bola!! Risya pun sudah muak dengan DUNIA BOLA SEPAK MALAYSIA..Muak dengan sikap BANGSAT2 dalam FAM tu.. alamak, tercarut pula..

Rasa terpanggil pulakan nk buat artikal pasal budak Nogori ni. Jika before ni entry about Hero Remaja, fatah la, Dhiya la, Shahril la, Faisal Saari la (hoki) , kali ini Risya berpaling pula ke Akademi fantasia... Act Risya tak minat sangat AF ni, tapi apakan daya kerana suaranya memukau, Risya akhirnya membuat keputusan untuk membuat entry ini. (poyo tak stament i)


Tapi, jika yang lain Risya sendiri yang chat mereka, jumpa mereka untuk entry mereka, tapi untuk Sharul, Risya tak pernah jumpa dia, so, No many information about him(oh my english).



Cuma yang boleh Risya katakan, Suara dia sedap telinga mendengar. Family dia sangat-sangat baik terutama his mother, Maznah bt baba atau lebih dikenali sebagai Ibu. Sumpah, Family Sharul ni mmg TERBAIK giler.. sporting beb.. 

im so sorry, Risya tak boleh nak interview dia lagi seperti yang risya lakukan dengan budak-budak HERO REMAJA, sebab dia still di Akedemi lagi, Insyaallah, jika ada kesempatan Risya akan menemui Beliau dan tanya more about him. Andai kata, kamu mahu menyaksikan secara live AF or bertanya about ticket or tshirt, bolehlah berhubung dengan Naqiyuddin or abang Sharul sendiri ( HAJI BENGKAK)

Akhir kata,marilah berdoa agar Sharul ke Final AF2015 dan apa lagi jomlah kita

AFUNDI 3/5/10/20 SHARUL dan hantar ke 32777. ( Malaysia )
AFUNDI 3/5/10/20 SHARUL dan hantar ke +60032777 ( Brunei )

eh lagi satu, Good Luck kepada Player Brunei DPMM FC.. today is match.. Do the best,you can do it!!untuk Kamu, Jika masuk Final Singapore Cup, ada hadiah..:p kamu tahu siapa kamu..

Wednesday, September 16, 2015

#31TahunFAMMasihTidur

Fuhh.. berabuk sudah blog Risya..Eh lupa mahu bagi salam, Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua reader.. Issue diatas tidak payahlah mahu Risya terangkan lagi, Dekat dua minggu dada Akhbar siarkan cerita2 ini.Risya just pelik dengan mereka-mereka ini, nda ada berita lain lagi kah? Kes Altantuya,Kes Bunuh or kes berat2 nda mahu pula mereka heboh kan berminggu-minggu. Tapi bila membabitkan FAMBANGSAT dan ultras, fuh mengalahkan kes berat.

Walaupun Risya bukan dari UM'07 tapi Risya selalu mengikuti perkembangan mereka. Mereka adalah peminat tegar dan sanggup buat apa sahaja demi Pasukan Negara walaupun tatkala pasukan negara jatuh. Risya pun tak mampu menjadi mereka yang sanggup pergi merata negara demi pasukan yang mereka cintai.Tabik kepada mereka.

Peristiwa 10-0 telah membuatkan peminat Harimau Malaya terutamanya Ultras Malaya marah dengan pentadbiran FAM yang sedia ada. Dengan kekalahan ini Mereka perlu buat sesuatu untuk membuka mata semua pihak terutama PENJILAT2 MEDIA dan PENJILAT FAM bahawa mereka ada hak untuk menyuarakan pendapat setelah beberapakali mengunakan "SALURAN BETUL"

ya malam itu, terjadinya sesuatu yang dasyat seperti berlakunya malam #30tahunJahanam pada 1 mac 2014. Akan tetapi fenomena ini lagi dasyat kerana dapat perhatian FIFA n AFC. Secara peribadinya Risya betul-betul TABIK kepada UM'07...


antara sebab-sebab UM'07 membaling Suar ialah (penjilat FAMB sila baca k):-

1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.

7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.

8. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

9. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.

10. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.

11. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

12. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

13. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

14. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.

15. FAM merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.

16. Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.

17. FAM turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.

18. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.

19. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan ‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.

20. Pada Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.

21. Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.


22. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.

23. Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.

24. Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.

25. FAM telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.

26. Hak penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.

27. Pada bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.

28. Baucar bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk ‘Lawatan Pasukan Bola Sepak British Premier League Club’.

29. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

30. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.


31. Rekod menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...