ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Wednesday, June 8, 2016

Program Ramadhan Kali Ini Lebih Bermakna

Assalamualaikum wbt..


Harta yang dibelanjakan kepada anak-anak yatim merupakan saham akhirat utk kita semua

Jom beli saham akhirat...

Bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, pihak kami ingin menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama dengan kami dalam "Program Ramadhan Kali Ini Lebih Bermakna" untuk meraikan anak2 dari Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Shifa, Setapak, Kuala Lumpur.

Ini merupakan program pertama daripada kami dalam bulan yang mulia ini. Program berbuka puasa ini adalah untuk meraikan 18 orang anak-anak yatim yang berumur di antara 8 - 17 tahun dan 6 orang guru yang menguruskan rumah anak yatim tersebut. Kesemua anak yatim adalah perempuan.

**Tarikh: 25 Jun 2016
**Masa: 6.30pm-9.30pm
**Yuran Penyertaan: RM35 (RM25 - bayaran buffet ramadhan & RM10 duit raya untuk anak yatim)
**Lokasi: L&S Food Corner Avenue Ampang 3, Avenue Ampang.
**Pemberian Goodie Bags
**Pemberian Duit Raya
**Majlis Kesyukuran
**Berpakaian tradisional baju melayu & baju kurung

Tidak dapat menyertai? Sumbangan ikhlas anda amatlah diharapkan & dialu-alukan. Anda boleh menyalurkan sumbangan anda ke akaun bank 

Maybank 156057412603 ( Roses Silawati Mohamed Ali)

Jom sertai kami dalam program bermakna ini agar kita dapat memberikan senyuman di wajah mereka nanti. Keikhlasan dan kerjasama anda amat kami hargai.

Bagaimana ingin sertai atau menderma?
Sila hubungi admin-admin CMFC atau berhubung di talian 0193736121 (Cik Syiela) untuk sebarang pertanyaan.

"Berkongsi kegembiraan merapatkan hubungan sesama kita"

Terima kasih tak terhingga daripada pihak CMFC.

No comments:

SinGgAH SiNi

jom singgahPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...