ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Monday, October 31, 2016

jom kita kurapak Brunei. part 1

Assalamualaikum,

kadang-kadang bila Risya keluar atau berjumpa dengan kawan-kawan, mesti mereka akan suruh Risya Kurapak Brunei. Memanglah Risya boleh kurapak brunei tapi dengan kaum kerabat atau kawan-kawan di sana lah. Sama la jugak bila Risya bercakap dalam dialek nogori. Tak ada lawan cakap memamg tak terkeluar la ayat nogori tu.

Image result for brunei

Ada diantara mereka, confuse dengan bahasa sarawak, sabah atau brunei. kadangkala cara percakapan mereka nampak macam sama akan tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Nak kata Risya fasih dalam bahasa brunei , tak la juga tapi fahamlah apa yang mereka cakap.

jadi, hari ini Risya akan ajar 10 ayat.


1. Bhapa lagi kau tunggu sana atu?
==> buat apa lagi kau tunggu sana tu.
a) bhapa = buat apa
b) atu = itu

2. kenapa kau limpang?
==> kenapa kau baring
a) limpang = baring

3. apa tu lai? 
==> apa tu sayang?
a) lai = sayang

4. awu, banar atu.
==> iya,benar tu.
a) awu = iya
b) banar = benar

5. bisai jua pemandangan di pantai ani.
==> lawa juga pemandangan di pantai ini.
a) bisai = lawa/cantik
b) ani = ini

6. damdam ku kan syaf di ipoh.. hari Ahad ani kalau nda apa-apa balik perak ku
==>aku rindu syaf di ipoh. hari ahad ni kalau tak ada apa-apa, aku balik perak
a) damdam = rindu
b) nda = tak

7. Ijap ku eh kan ke pulau tioman naik boat ani
==> aku takut ke pulau tioman naik boat ni.
a) ijap = takut

8.Eh batah jua ku sudah menunggu di sini ani, alum tia ada batang hidungnya kawan ku ani
==> eh lama juga aku tunggu disini. belum akan ada batang hidung kawan aku ni.
a) batah = lama 
b) alum = belum
c) tia = lah/akan

9. Bukan apa nyangku ani, liat saja anak-anak kitani karang-ani, manada pandai bakurapak barunai
==> kata aku ni bukan apa, lihat je anak kita sekarang ni, mana ada pandai cakap brunei
a) nyangku = kataku
b) liat = lihat
c) kitani = kita/kami
d) kurapak = cakap

10. apa nya biskita, aku menurut saja,
==> apa kata kau? aku ikut sahaja
a) nya = kata
b) biskita = kamu/kau

okey, tamat sudah pembelajaran kita. kepada orang brunei, kenapa inda mengidolakan bahasa kitani sendiri.ani sampai ada yang teluan kemaruk bangga hantap pandai sangat kurapak key ell tapi nda pndai kurapak brunei,kalau bukan kamu,siapa lagi. renungkan.

No comments:

SinGgAH SiNi

jom singgahPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...