ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Saturday, October 22, 2016

Review : Salman's Homestay ( the best homestay in Kundasang )

Assalamualaikum, hai semua readers…


Memandangkan I baru balik dari sabah, maka hari ini I nak Review homestay yang paling best di Kundasang,Sabah. Ramai diantara kawan-kawan I yang tertarik dengan latar belakang pemandangan homestay yang I tinggal, jadi I buat entry ini khas untuk mereka.


  
( pemandangan waktu senja )

 Homestay yang I maksudkan ialah Salman’s Homestay. Salman’s. Homestay ini terletak di kg mesilau iaitu kawasan yang PALING SEJUK di daerah kundasang,Ranau. Suhu di Kg. Mesilau ini terasa seperti I berada di negara-negara beriklim sejuk. Patut la I terasa seperti tak mahu mandi. Hahahaha… ok sambung cerita balik,  Dari sini, kita boleh lihat keindahan ciptaan Allah SWT. Cuba lihat gunung yang kelihatan di gamba itu. Itulah Gunung Kinabalu yang menjadi mercu tanda negeri di bawah bayu ini.


( antara peraturan yang perlu dipatuhi )

Apa yang bagusnya tentang Salman’s homestay ini adalah peraturan-peraturan yang sangat ketat. Peraturan yang I maksudkan ialah tidak boleh minum arak, hisap dadah,memasak makanan yang tidak halal dan paling penting tidak membenarkan pasangan yang tiada ikatan duduk bersama-sama di dalam satu rumah. Anda bayangkanlah jika peraturan ini tiada tentu anda berasa tidak selesa dan berasa was-was mahu menggunakan peralatan yang telah disediakan. Selain itu, homestay ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti seterika ( benda wajib bagi I la ) , alatan memasak, barbeku dan jugak set TV.




    
( pemandangan waktu pagi bersama tuan homestay ) 

Di kundasang, banyak tempat-tempat yang menarik seperti new Zealand Malaysia iaitu Desa Dairy Farm. I rasa kakak I telah memilih homestay yang bagus kerana jarak dari homestay ke desa dairy farm hanya 1km sahaja. Malahan, jarak ke ladang strawberry hanya 6km , memorial peringatan perang ( 7km ) , kinabalu park (12km) , ladang the ranau (29km) , air panas poring (29km) , dan tagal ikan kelah luanti (30km). 




  ( desa dairy farm )



( tagal ikan kelah luanti )



Berapa homestay yang beliau ada? banyak ke? Jangan risau, beliau ada 3 unit rumah dan setiap 1 unit rumah mempunyai 2 bilik sekali gus memuatkan maksimum 8 orang di setiap 1 unit rumah. Harga untuk setiap unit rumah pula ialah RM200/hari. Murah kan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Salman’s homestay di talian 0138595737.

so, akhir sekali, jika i diberi peluang lagi untuk ke Kundasang, sudah tentu I akan memilih lagi Homestay ini. Bukan sahaja mempunyai kedudukan yang strategi dan pemandangan yang cantik bahkan juga tuan homestay yang cukup ramah dengan customer nya. Oleh itu, I bagi 4.8/5 bintang untuk homestay ini. =)

No comments:

SinGgAH SiNi

jom singgahPhotobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...