ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Friday, January 20, 2017

PTPTN New System

Assalammualaikum, 

Memandangkan PTPTN sudah kemaskinikan sistem mereka, Risya akan tunjukkan langkah mudah untuk awak-awak semua check baki serta baki tunggakkan serta membayar balik pinjaman PTPTN anda dengan FPX.

1 : buka laman web PTPTN dan click SEMAKKAN PENYATA PINJAMAN


2 : Masukkan kad pengenalan anda diruagan tersebut

3 : Log In. Jika terlupa password sila hubungi no hotline PTPTN 03-2193 3000


4 : tekan PENYATA BAKI TERPERINCI 


5 : Click LIHAT BAKI


6 : sila TANDAKAN "skim" dan NYATAKAN JUMLAH BAYARAN YANG ANDA MAHU BAYAR. Selesai anda fikir berapa yang anda perlu bayar, sila Click "BAYAR"



7 : Akhir sekali anda kena pilih 

a) bank
b) email
c) "tick" bahagian agree with the term n conditions
d) bayar dengan FPX dan log in la bank online uolls 
e) FINISH

Senang bukan?? So, tunaikanlah kewajipan anda sekarang.. Bye2

Monday, January 9, 2017

hazwan mohammad makin dikenali?

hai readers.. lama tak tulis entry cerita2 artis kan.. sejak BLOG Risya yang khas untuk ARTIS2 di tutup atas sebab2 tertentu, Risya jarang update lagi pasal artis. 

tetapi Entry kali ini, Risya buat juga la tentang Bakal Bintang yang akan mengegarkan Asia iaitu penyanyi kelahiran Brunei.
 Bagi yang mengikuti D'Academy Asia 2, sudah tentu pernah mendengar nama HAZWAN MOHAMMAD yang merupakan peserta dari negara BRUNEI. Orangnya tampan bersuara merdu sememang dapat mencairkan hati-hati wanita termasuk hati kawan risya ( not me okey, nanti ada yang jelous, susah i nak pujuk )



sebenarnya Risya sudah mengikuti DAA sejak musim pertama.tetapi masa itu kakak teman baik risya ,wana yang jadi peserta ( Yaniey D'Academy Asia ). Malah, pada musim ke dua DAA artis  yang Risya minat sangat dari kecil dengan lagu popular dia nazam berkasih n bakawali iaitu SYURA  pun menyertai program ini. Nak di jadikan cerita, Si Hazwan dan Syura merupakan pesaing dalam group yang sama. ok tamat cerita Syura. 



Berbalik pada cerita Hazwan, beliau memiliki suara yang sangat lunak. vokal yang mantap n bila dia menyanyi pitching dia tak lari sangat la ( juri keyboard kan,biasa la, sedangkan suara i ke laut, hujan turun bagai..hahaha  )



dari segi Rupa paras, pakej dia sangat lengkap, walaupun badan tidak begitu sado, tapi cukup bergaya bila mempunyai bentuk muka yang tampan walaupun tak setampan pelakon korea Risya kan..:p maka tidak mustahil la bila rata2 Risya buat kajian di media Sosial sebelum ini,kebanyak netizen memang puji kehenseman beliau. 

Bagi Risya, ( ini sekadar pendapat i la, tiada kena mengena hidup dan mati ) jika dia diberi peluang untuk mengetengahkan bakat yang dia miliki, dia juga mampu bersaing misalnya dengan artis-artis dari asia tenggara. Hal ini demikian kerana bukan sahaja paras rupa yang menarik malah dengan kelunakan suara beliau itu sendiri mampu memukau semua orang yang mendengarnya.
 Risya berharap hazwan dapat meneruskan karya dan jangan sesekali lupa kepada FANS yang telah menaikkan nama beliau seperti sekarang ni. Good Luck Hazwan... chaiyok. #bruneiYAKIN #GegarBruneiGegar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...