ultras page here!!!! n gollllll!!!!!


Photobucket

Friday, February 17, 2017

"RAJA DANGDUT" BRUNEI kembali mengegarkan dunia seni Brunei. ( Part 1 )

( nak liat gambar? tunggu part 2 nanti k..hahah )

Siapa tidak kenal dengan "Pengiran Haji Ismail" (PHI) ? Generasi era 70-an, nescaya begitu familiar dengan pemilik gelaran RAJA DANGDUT BRUNEI ini. Di tahun-tahun 80-an, lagu-lagu beliau menjadi hits di corong-corong radio . Malah film-film beliau sentiasa dinanti oleh para peminatnya. Lagu-lagu dangdut beliau sampai ke hari ini masih lagi digemari oleh ribuan penduduk Brunei DarusSalam.

Semasa dibangku sekolah, Beliau sentiasa aktif dalam bidang nyanyian terutama kategori Pop Rock. Tidak ramai yang mengetahui soal ini kerana PHI menjadi meletop disebabkan lagu-lagu dangdutnya itu. Beliau juga merupakan "Junior" Jamal Abdillah ( penyanyi Pop Malaysia ) ketika dibangku sekolah.
Nama Pengiran Haji Ismail semakin dikenali selepas menjuari kejohanan nyanyian di seluruh daerah Brunei. Meskipun beliau telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, tetapi semangat yang jitu oleh PHI serta sokongan dari Peminat beliau ternyata tidak mematahkan semangat beliau untuk digelar sebagai JUARA.

Sebelum beliau memulakan karier sebagai penyanyi professional, PHI merupakan seorang anggota tentera berpangkat sarjan. Akan tetapi disebabkan beliau terbabit dalam nahas jalan raya, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai anggota tentera. Kemalangan itu juga telah mengakibatkan kaki kiri beliau memasuki besi.

Pada lewat 90-an Anak sulung Sultan Brunei ( DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah ) telah menjadi AJK di suatu pertandingan nyanyian. dan Petandingan tersebut dikenali sebagai " RAJA DANGDUT". Sekali lagi PHI, telah memenangi gelaran tersebut. Umumnya mengetahui bukan la mudah untuk kerabat raja mengiktiraf gelaran begini namun PHI membuktikan bahawa beliau layak untuk menjuarai gelaran tersebut.

Apa yang terjadi selepas PHI memenangi Gelaran tersebut? Saksikan secara eksklusif bersama Risya untuk mengorek kisah beliau setelah memenangi gelaran "RAJA DANGDUT BRUNEI" pada 10/3/2017.

Sunday, February 12, 2017

Cara Solat dalam kapal terbang

Assalamualaikum

Ramai di antara kita tertanya-tanya bagaimana caranya untuk kita bersolat didalam kapal terbang jika penerbangan kita lebih dari 10 jam. Di antara perkara yang perlu kita ambil perhatian ketika menaiki kapal terbang adalah sifat penggunaan air dalam kapal terbang terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. di sini

Disini Risya akan uploadkan satu video dari Royal Brunei Airlines cara2 menunaikan solat di dalam kapal terbang. Semoga dengan video ini, kita boleh membaiki solat kita walaupun kita didalam kapal terbang.


video


credit : royal brunei airline

Wednesday, February 8, 2017

Cakial band kembali dengan single terbaru

Assalamualaikum dan Salam satu dunia..

Cakial band? band apa tu, tak pernah dengar pun.Of course la kamu semua tak pernah dengar sebab Risya pun baru dengar. tetapi kamu pernah dengar Radio Island tak? Mesti pernah dengarkan. Sebenar Cakial adalah nama baru bagi band Radio Island. Maknanya Radio Island ni tinggal kenangan sahaja. Mereka tukar nama atas sebab-sebab tertentu,jadi kesimpulannya jangan tanya Risya kenapa mereka tukar nama band. Oppss... Radio Island pun ada yang tak tahu?? baca dan hadam keratan akbar Sinar Harian 9 oktober 2013



Cakial band yang dulunya dikenali sebangai Radio Island

Berbalik pada tajuk post Risya, Risya nak belanja kamu semua satu lagu terbaru dari Cakial Band yang berjudul MISTERI CINTA.



jangan kamu semua tak tahu, composer dan penyanyi terkenal iaitu ZUL 2BY2 pun telah membuat cover lagu ni tau. Tak percaya lagi? baiklah Risya akan tingalkan kamu semua dengan Cover song MISTERI CINTA by ZUL 2BY2


video


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...