Saturday, March 25, 2017

Tournament : Brunei Mobile Legend


hello guys, ada berita baik untuk bruneian. Ada diantara pembaca blog Risya ni minat dengan game MOBILE LEGEND tak? Kalau ada, semua dikehendaki baca dan hadam syarat-syarat penyertaan dibawah.


*16 TEAMS ONLY! (Registration 31hb Jumat 7mlm till 10mlm)
*Mobile Legend TOURNAMENT 🇧🇳
*VENUE: Kg Perumahan Rimba Gadong (Dekat Giant) Jln 26, Spg 21 No : 17
*Date: Saturday & Sunday (1hb & 2hb)
*Times: 7pm Above
*Fees: $25 Per Team
1st Prize (5powerbank pokeball 10000mah with Light & cash $100)
2nd Prize (5Virtual Reality & Cash $80)
3rd Prize (5 MINION OTG Pendrive 16gb(Android) & $50)
****************RULES*****************
1. Bring your own device,chrger hp.
2. Extension Plug Provide each table
3. No Fight ! Between Team.. Consider Disqualified 🚷.
4. Please Attend Venue 1hour or 30min Before match.
5. NO CANCELLATIONS ❌.
6. 1 or 2persons sub for each team
7. Your team will be voting into group & NECK LANYARD(for free)Will be given for each Leader of team during the registration.
8. Make sure blockcall/don't disturb mode.


kamu semua boleh tengok map dibawah ..:)






Friday, March 17, 2017

Review : "Eliz Essential" pakar kecantikan anda


hai semua, hari ini Risya nak review satu product yang tesangat-sangat bagus. Lepas ini anda mungkin tidak akan tercari-cari lagi product lain. kerana apa? kerana product ini sesuai untuk semua jantina tidak kira sama ada lelaki atau perempuan.

Jika dahulunya Risya sangat risau tentang kulit muka Risya yang bermasalah tetapi dengan bantuan kawan, beliau mempekenalkan Risya dengan product ini. Selain dari harga yang murah ( RM40 ), Product ini juga TIDAK mengandungi bahan-bahan yang boleh mendatangkan kesan sampingan malahan product ini diperbuat dari bahan organik extract buah yang wangi dan sesuai untuk semua jenis kulit. Semacam tidak percaya sewaktu pakai product ini, ianya berkesan SEAWAL 3 HARI. Risya ulangi BERKESAN SEAWAL 3 HARI.

Tak sabar nak tahu nama product ini? bawa bertenang semua. Nama product ini ialah 

ELIZ ESSENTIAL SERUM

Kini kulit muka Risya tidak lagi kusam dan kurang bermaya. Dengan adanya Eliz essential serum ini, kulit Risya kelihatan segar dan tidak berminyak. Kebanyakkan kawan-kawan Risya memuji product ini, mana tidaknya dulu kulit Risya penuh jerawat di dahi ( maklumlah kerja bahagian chemical kan ) , sekarang ni jerawat pun macam segan2 nak tumbuh. Malah, Risya tak perlu mengenakan makeup yang tebal untuk menutup jerawat-jerawat Risya lagi. ( jimat duit beli barang makeup disitu )

Selain kesan glowing diwajah, Eliz juga dapat membantu memutihkan muka, menghilangkan parut jerawat, mengecilkan pori-pori, mengurangkan kulit berminyak dan paling penting bagi seorang yang bergelar manusia, Serum ini juga mampu mengecilkan jerawat dan jerawat pun segan nak singgah dekat muka kita ni. 

Selalunya kita sering dengar atau lihat , produk-produk lain mempunyai 4 in 1 tau 3 in 1 tapi tidak dengan Eliz Essential serum ini, ianya mempunya 7 in 1 dalam satu botol. Percaya atau tidak, anda mesti, wajib percaya. Antara yang terkandung dalam serum ini ialah 

1. DD specialist
2. Moisturing
3. Brightening
4. Softening
5. Glowing
6. Lifting
7. PH balance 

Cara-cara memakainya

1. bersihkan muka
2. ambil beberapa titis Serum eliz 
3. sapukan dimuka dan urut sehingga selesai di semua bahagian

# serum ini boleh digunakan diwaktu pagi dan juga diwaktu malam 

untuk pertanyaan lebih lanjut, sila whatsapp Eliz dan hantar ke +60123404445 ( cik iela/riss )

Monday, March 13, 2017

"jangan malu untuk berdangdut" - Wan Ziqri



Kebanyakkan pihak mentafsirkan bahawa muzik dangdut adalah muzik kekampungan. Namun begitu tidak bagi peserta D'Academic Asia musim ke-2, Wan ziqri. Pemilik nama Mohd Azwandi Ibrahim ini merasakan bahawa muzik dangdut ini mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Ikuti temubual antara Risya dan Wan Ziqri untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang beliau.

Ceritakan sedikit latar belakang anda?

Nama diberi Mohd Azwandi bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wan Ziqri. Saya merupakan salah seorang wakil negara brunei dalam pertandingan D'Academic Asia 2. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berusia setahun satu bulan. Sebelum menempah nama sebagai Artis dangdut, saya juga dikenali dibrunei sebagai make-up artis.

Kenapa anda memilih genre dangdut sedangkan banyak lagi genre yang ada seperti pop, rock, balada dan juga irama melayu?

Minat yang mendalam sejak kecil lagi. mungkin kerana alunannya yang begitu asyik didengar. Pop atau apa pun genre lagu saya minat akan tetapi dangdut juga menjadi pilihan number satu saya. Mungkin juga kerana saya mengikuti pertandingan dangdut maka saya lagi bertambah jatuh cinta terhadap muzik dangdut itu sendiri.

Siapa yang membawa anda ke dunia seni ini?

Sejujurnya tiada siapa yang membawa saya ke bidang seni ini. Sebelum menyertai pertandingan D'Academic Asia, saya pernah dipanggil untuk mewakili Negara Brunei menyertai pertandingan di Indonesia. Akan tetapi saya terpaksa tarik diri disaat akhir atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. 

Kenapa memilih Indonesia sebagai platform untuk memulakan karya?

Kerana kita semua tahu bahawa Indonesia adalah tempat mulanya dangdut. Muzik dangdutnya begitu luas disana berbanding Malaysia dan Brunei. Malah pertandingan itu pun berlangsung di Indonesia maka tidak salahlah untuk saya memulakan karya saya sebagai penyanyi dangdut disana. Oleh kerana adanya pertandingan ini, saya mula dikenali di Indonesia.

Selain penyanyi, Wan ziqri juga merupakan Make-Up Artis, persoalannya macam mana bakat itu boleh ada pada anda?

Saya tak pernah belajar atau mengikuti mana-mana kelas make-up. Saya mula pandai make-up seawal umur 14 tahun dan pernah juga mewakili negara dalam bidang ini. Masa itu pertandingan "beauty award makeup artis" yang berlangsung di Indonesia dimana semua makeup artis diseluruh asia menyertai pentandingan tersebut.Alhamdulillah, saya dikurniakan dua bakat yang tidak semua orang ada.

Bakat lain yang ada pada anda selain bidang makeup dan nyanyian?

Saya dahulunya ada butik pengantin sendiri dan saya sendiri yang menjahit baju-baju tersebut. Akan tetapi saya terpaksa menjualnya atas sebab tiada pembantu.

Nasihat dan harapan anda untuk anak-anak muda untuk terus mempertabatkan muzik dangdut ke tempat yang lebih tinggi?

Untuk anak-anak diluar sana, harapan saya untuk kalian semua jangan malu untuk berdangdut. kerana danggut adalah muzik yang diminati ramai dan terbuka luas untuk sesiapa sahaja. Kalau boleh teruskanlah berkarya untuk masa-masa akan datang dan yang penting jangan malu. Dangdut bukan kampungan lagi tapi dangdut sekarang sudah besar sekarang. Itulah harapan saya kepada anak-anak muda diluar sana.

Itulah serba sedikit temubual yang Risya sempat Rakamkan. Semoga Wan Ziqri terus maju dan mempertabatkan muzik dangdut ini sebaris dengan genre muzik yang ada sekarang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...