Monday, March 13, 2017

"jangan malu untuk berdangdut" - Wan Ziqri



Kebanyakkan pihak mentafsirkan bahawa muzik dangdut adalah muzik kekampungan. Namun begitu tidak bagi peserta D'Academic Asia musim ke-2, Wan ziqri. Pemilik nama Mohd Azwandi Ibrahim ini merasakan bahawa muzik dangdut ini mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Ikuti temubual antara Risya dan Wan Ziqri untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang beliau.

Ceritakan sedikit latar belakang anda?

Nama diberi Mohd Azwandi bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wan Ziqri. Saya merupakan salah seorang wakil negara brunei dalam pertandingan D'Academic Asia 2. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berusia setahun satu bulan. Sebelum menempah nama sebagai Artis dangdut, saya juga dikenali dibrunei sebagai make-up artis.

Kenapa anda memilih genre dangdut sedangkan banyak lagi genre yang ada seperti pop, rock, balada dan juga irama melayu?

Minat yang mendalam sejak kecil lagi. mungkin kerana alunannya yang begitu asyik didengar. Pop atau apa pun genre lagu saya minat akan tetapi dangdut juga menjadi pilihan number satu saya. Mungkin juga kerana saya mengikuti pertandingan dangdut maka saya lagi bertambah jatuh cinta terhadap muzik dangdut itu sendiri.

Siapa yang membawa anda ke dunia seni ini?

Sejujurnya tiada siapa yang membawa saya ke bidang seni ini. Sebelum menyertai pertandingan D'Academic Asia, saya pernah dipanggil untuk mewakili Negara Brunei menyertai pertandingan di Indonesia. Akan tetapi saya terpaksa tarik diri disaat akhir atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. 

Kenapa memilih Indonesia sebagai platform untuk memulakan karya?

Kerana kita semua tahu bahawa Indonesia adalah tempat mulanya dangdut. Muzik dangdutnya begitu luas disana berbanding Malaysia dan Brunei. Malah pertandingan itu pun berlangsung di Indonesia maka tidak salahlah untuk saya memulakan karya saya sebagai penyanyi dangdut disana. Oleh kerana adanya pertandingan ini, saya mula dikenali di Indonesia.

Selain penyanyi, Wan ziqri juga merupakan Make-Up Artis, persoalannya macam mana bakat itu boleh ada pada anda?

Saya tak pernah belajar atau mengikuti mana-mana kelas make-up. Saya mula pandai make-up seawal umur 14 tahun dan pernah juga mewakili negara dalam bidang ini. Masa itu pertandingan "beauty award makeup artis" yang berlangsung di Indonesia dimana semua makeup artis diseluruh asia menyertai pentandingan tersebut.Alhamdulillah, saya dikurniakan dua bakat yang tidak semua orang ada.

Bakat lain yang ada pada anda selain bidang makeup dan nyanyian?

Saya dahulunya ada butik pengantin sendiri dan saya sendiri yang menjahit baju-baju tersebut. Akan tetapi saya terpaksa menjualnya atas sebab tiada pembantu.

Nasihat dan harapan anda untuk anak-anak muda untuk terus mempertabatkan muzik dangdut ke tempat yang lebih tinggi?

Untuk anak-anak diluar sana, harapan saya untuk kalian semua jangan malu untuk berdangdut. kerana danggut adalah muzik yang diminati ramai dan terbuka luas untuk sesiapa sahaja. Kalau boleh teruskanlah berkarya untuk masa-masa akan datang dan yang penting jangan malu. Dangdut bukan kampungan lagi tapi dangdut sekarang sudah besar sekarang. Itulah harapan saya kepada anak-anak muda diluar sana.

Itulah serba sedikit temubual yang Risya sempat Rakamkan. Semoga Wan Ziqri terus maju dan mempertabatkan muzik dangdut ini sebaris dengan genre muzik yang ada sekarang.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...