Monday, September 18, 2017

Anak Raja Dangdut Brunei berentap di D'Academy Asia 3


Bandar Seri Begawan : 6 peserta dari Brunei telah diumumkan dan akan berentap di medan D'Academy Dangdut Asia Jakarta tidak lama lagi. Salah satunya perwakilan Brunei merupakan anak "Raja Dangdut Brunei" ( Pg Haji Ismail ) iaitu Ak Faiz Pg Hj Ismail atau lebih dikenali sebagai Faiz PHI . (Gambar)


Nama : Awangku Mohamad Faiz Bin Pengiran Haji Ismail
Tarikh Lahir :22 december 1994 ( 23 tahun )
Tempat Lahir : Brunei Darussalam
Pendidikan : nasional diploma
Dangdut begitu sinonim dengan Faiz kerana beliau telah dibesarkan dalam keluarga dangdut itu sendiri. Maka tidak hairanlah bila Faiz terpilih dan melibatkan diri dalam dunia dangdut ini.

"Sememangnya, Dunia seni dangdut bukanlah asing bagi diri Faiz dari kecil sehingga sekarang, hal ini disebabkan ayah Faiz merupakan seorang penyanyi dangdut dan diberi gelaran sebagai  "Raja Dangdut Brunei."ujar beliau.

ujarnya lagi "minat akan dangdut ini hadir ketika Faiz berumur 20-an kerana sebelum ini Faiz lebih kepada genre pop rock."

Risya tertarik dengan sikap yang ditunjukan oleh Faiz kerana bukan senang seorang lelaki yang agak "binaragawan" mahu menceburi bidang dangdut ini. Mungkin kerana minat yang mendalam pada dunia nyanyian khususnya Dangdut membuat beliau abaikan pandangan negative sesetengah pihak yang pandang serong penyanyi dangdut.

Bila ditanya perasaan terpilih sebagai salah seorang dari 6 orang yang mewakil Brunei Darussalam dalam D'academy Asia 3, Ak Faiz tidak boleh gambarkan perasaannya itu sendiri.

" Faiz tentunya bersyukur dan gembira kerana Faiz sendiri tidak menyangka Faiz akan menjadi salah satu wakil negara ke dangdut asia 3 ini dan pastinya Faiz akan berbuat sebaik mungkin untuk mengharumkan nama Brunei Darussalam di Peringkat yang lagi tinggi terutama di Asia

Walaupun mempunyai pengaruh yang cukup kuat, beliau semestinya mahu menunjukkan bakat yang dimilikinya dan mahu menolak segala sangkaan pihak luar yang beliau terpilih disebab kan statusnya sebagai anak "raja dangdut Brunei". Harapan beliau dalam D'Academy Asia 3 ini adalah untuk membanggakan kedua orang tuanya.

"Harapan Faiz pastinya ingin memperolehi kejayaan. Tidak kiralah terpilih dalam top10, top20 atau sebagainya, apa yang yang saya mahu adalah ingin menjadi seorang penyanyi yang tegar seperti ayah Faiz. Faiz juga mahu suara atau lagu-lagu Faiz didengar di seluruh pelusuk dunia terutamanya dirantau Asia Tenggara khususnya di Indonesia, Singapore dan Malaysia. Dan dengan kemasukkan Faiz di DAA3 ini juga, Faiz dapat membuat Ibu Bapa Faiz bangga dengan kejayaan Faiz.

Kepada Pewakilan Brunei di DAA 3, Risya ucapkan selamat maju jaya. Semoga kita ketemu di Jakarta 2017.


Wednesday, August 23, 2017

GK brunei u-23 viral di Media Sosial



Kali ini Risya akan membahas mengenai salah satu pemain kebangsaan Brunei yang saat ini tengah meningkat naik namanya, dia adalah Haimie Anak Nyaring. Pemain berusia 19 tahun ini bermain sebagai Penjaga Gol, dan saat ini Kwon oh-son selaku jurulatih Tebuan Muda mengaku senang dengan penampilan pemain bernombor 19 itu. Beberapa hari lalu, Haimie menjadi tumpuan di media sosial kerana aksinya menyelamatkan gawang Brunei dari dibolosi oleh pemain Malaysia pada temasya Sukan Sea KL 2017.

Nama Lengkap : Haimie Anak Nyaring
Nama Panggilan : Haimie
Tanggal Lahir : 31 mei 1998
Tempat Lahir : Brunei
Number jersi : 19
Kebangsaaan : Brunei
Posisi : Penjaga Gol

Di media Sosial,rata netizen memuji corak yang ditunjukkan oleh Haimie. Bagi mereka, Haimie patut diberi peluang lagi untuk mewakili Negara Brunei diperingkat yang lebih tinggi. sudah tentu pihak persatuan bola sepak negara brunei kena melakukan sesuatu agar bakat yang ada pada pemain ini tidak disia-siakan begitu saja. Pada usia beliau yang masih muda inilah, beliau harus diberi tunjuk ajar dan diberi pendedahan agar perjalanan Haimie tidak terhenti setakat disini sahaja. Ini merupakan Cap antarabangsa yang ke-6 bagi Haimie anak Nyaring.







ikuti komen-komen netizen yang sempat Risya Shotscreen



insyaallah, kalau diberi peluang, Risya akan interview sendiri beliau.. Selamat maju jaya kepada Haimie Anak Nyaring. 




Monday, April 3, 2017

"Squad V1" juara pertama BWN MOBILE LEGENDS TOURNAMENT 2017

Bandar Seri Begawan : Squad V1 berjaya menjadi juara pertama BWN MOBILE LEGENDS TOURNAMENT 2017 setelah menumbangkan rival mereka, Temazn pada pertandingan final yang berlangsung di Kg Perumahan Rimba Gadong, Brunei Darussalam.

Atas kemenangan tersebut, kumpulan Squad v1 telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak $100 dan 5 powerbank pokemon 10000MAH with Light. Sementara itu,Temazn selaku 1st Runner , telah memenangi wang tunai sebanyak $80 beserta 5 virtual reality manakala TOP(2nd Runner) membawa pulang wang tunai sebanyak $50 beserta 5 minion OTG pendrive 16gb.

Menurut penganjur pertandingan Ak Mohd Faiz Pg Haji Ismail , beliau amat berterima kasih kepada semua pihak samaada secara langsung ataupun tidak. 

Alhamdulillah , Congrats Squad V1(Champion),Temazn(1st Runner),TOP(2nd Runner)
#MLBwnTournament17. Kepada team lain , jangan menyerah, maybe this time bukan kamu punya luck,mungkin 1 day .practise saja banyak-banyak.apapun kami crew2 disini berterima kasih sebab support event ani. selain dari berlawan ianya dapat jua tani mengeratkan silaturahim lagi dengan team lain.. kepada smua yang join the tournament nada kira kalah atau manang yg penting tani fun and enjoy dengan tournament ani."

Beliau turut menyeru kepada progamer diluar sana untuk menyertai mereka pada season ke 2 BWN mobile legends tournament yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Untuk team lain diluar sana, jangan malu-malu kan join for the next tournament."

ujarnya lagi,

"Insyallah before puasa Tournament season 2 akan di adakan. Sekali lagi terima kasih pada team2 yang sudh ikut anjuran ani.. good job guys."


Berikut adalah senarai kumpulan yang menyertai pertandingan ini.

STK
TOP
MOV
HIT
PXE
Temazn
KB Squad
Cari Kalok
Squad Radak
The 'Squad V1
The 'Squad V2
PE Death Squad

Apa yang Risya harapkan pada next tournament , BWN mobile legends adalah akan ada lebih banyak lagi progamers mobile legends yang akan menyertai dan menunjukkan bakat yang mereka ada. Kepada pemenang musim pertama, Syabas dan tahniah. Kepada yang kalah, jangan kecewa, cuba lagi pada pertandingan yang akan datang. jom saksikan gelagat-gelagat peserta BWN MOBILE LEGENDS TOURNAMENT 2017.

















Saturday, March 25, 2017

Tournament : Brunei Mobile Legend


hello guys, ada berita baik untuk bruneian. Ada diantara pembaca blog Risya ni minat dengan game MOBILE LEGEND tak? Kalau ada, semua dikehendaki baca dan hadam syarat-syarat penyertaan dibawah.


*16 TEAMS ONLY! (Registration 31hb Jumat 7mlm till 10mlm)
*Mobile Legend TOURNAMENT 🇧🇳
*VENUE: Kg Perumahan Rimba Gadong (Dekat Giant) Jln 26, Spg 21 No : 17
*Date: Saturday & Sunday (1hb & 2hb)
*Times: 7pm Above
*Fees: $25 Per Team
1st Prize (5powerbank pokeball 10000mah with Light & cash $100)
2nd Prize (5Virtual Reality & Cash $80)
3rd Prize (5 MINION OTG Pendrive 16gb(Android) & $50)
****************RULES*****************
1. Bring your own device,chrger hp.
2. Extension Plug Provide each table
3. No Fight ! Between Team.. Consider Disqualified 🚷.
4. Please Attend Venue 1hour or 30min Before match.
5. NO CANCELLATIONS ❌.
6. 1 or 2persons sub for each team
7. Your team will be voting into group & NECK LANYARD(for free)Will be given for each Leader of team during the registration.
8. Make sure blockcall/don't disturb mode.


kamu semua boleh tengok map dibawah ..:)






Friday, March 17, 2017

Review : "Eliz Essential" pakar kecantikan anda


hai semua, hari ini Risya nak review satu product yang tesangat-sangat bagus. Lepas ini anda mungkin tidak akan tercari-cari lagi product lain. kerana apa? kerana product ini sesuai untuk semua jantina tidak kira sama ada lelaki atau perempuan.

Jika dahulunya Risya sangat risau tentang kulit muka Risya yang bermasalah tetapi dengan bantuan kawan, beliau mempekenalkan Risya dengan product ini. Selain dari harga yang murah ( RM40 ), Product ini juga TIDAK mengandungi bahan-bahan yang boleh mendatangkan kesan sampingan malahan product ini diperbuat dari bahan organik extract buah yang wangi dan sesuai untuk semua jenis kulit. Semacam tidak percaya sewaktu pakai product ini, ianya berkesan SEAWAL 3 HARI. Risya ulangi BERKESAN SEAWAL 3 HARI.

Tak sabar nak tahu nama product ini? bawa bertenang semua. Nama product ini ialah 

ELIZ ESSENTIAL SERUM

Kini kulit muka Risya tidak lagi kusam dan kurang bermaya. Dengan adanya Eliz essential serum ini, kulit Risya kelihatan segar dan tidak berminyak. Kebanyakkan kawan-kawan Risya memuji product ini, mana tidaknya dulu kulit Risya penuh jerawat di dahi ( maklumlah kerja bahagian chemical kan ) , sekarang ni jerawat pun macam segan2 nak tumbuh. Malah, Risya tak perlu mengenakan makeup yang tebal untuk menutup jerawat-jerawat Risya lagi. ( jimat duit beli barang makeup disitu )

Selain kesan glowing diwajah, Eliz juga dapat membantu memutihkan muka, menghilangkan parut jerawat, mengecilkan pori-pori, mengurangkan kulit berminyak dan paling penting bagi seorang yang bergelar manusia, Serum ini juga mampu mengecilkan jerawat dan jerawat pun segan nak singgah dekat muka kita ni. 

Selalunya kita sering dengar atau lihat , produk-produk lain mempunyai 4 in 1 tau 3 in 1 tapi tidak dengan Eliz Essential serum ini, ianya mempunya 7 in 1 dalam satu botol. Percaya atau tidak, anda mesti, wajib percaya. Antara yang terkandung dalam serum ini ialah 

1. DD specialist
2. Moisturing
3. Brightening
4. Softening
5. Glowing
6. Lifting
7. PH balance 

Cara-cara memakainya

1. bersihkan muka
2. ambil beberapa titis Serum eliz 
3. sapukan dimuka dan urut sehingga selesai di semua bahagian

# serum ini boleh digunakan diwaktu pagi dan juga diwaktu malam 

untuk pertanyaan lebih lanjut, sila whatsapp Eliz dan hantar ke +60123404445 ( cik iela/riss )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...