Monday, August 27, 2012

Support Dhiya T-shirt

assalamualaikum... 
kamu semua peminat Hero Remaja khususnya peminat DHIYA... jom support Dhiya melalui pembelian baju T-shirt



Harga?

RM35 include post

jika mahu sila PM saya di IELA ZIELA or DHIYA HERO REMAJA

atau

di talian 0176274922 ( SMS ) / iela

Dhiya Hero Remaja
jom sama-sama suport Dhiya Hero Remaja.... =)

p/s : ingat nak tubuhkan kelab ----> ~ Dhiya HR fans~

Akira Shukri the best youtube artis

Assalamualaikum..
pernah kamu Akira Shukri? Tak pernah?

Akira Shukri
woooo...hensemkan....nak kenalll!!! Errr ( gatal tak habis Risya kan )

cer korang kamu dengar lagu nie hasil ciptaan dia....



verse1 :
kau ukir padaku senyuman hai manisnya
kau renung mataku rasa luar biasa
bagiku dirimu adalah segalanya
bagimu diriku hanya teman biasa

chorus :
mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
you are my crush masih rahsia
ingin ku ucapkan iloveyou kepadamu
tapi, tak termampu

verse2 :
senyummu dan ketawa buatku tergoda
hatiku takkan berubah hanya dirimu saja
bagiku dirimu kurnian terindah
bagimu diriku bercinta takkan pernah

 RAP :
tiap kali berjumpa
hati terasa ada cinta
namun tak mampu luahkannya
lidah kelu tak terkata
kiniku tertanya tanya
sudahkah engkau berpunya
jika masih tiada siapa
inginku mulakan langkah
bilaku ingin bicara kata tak mampu terluah
kerana pesonamu membuat ku merasa
sebuah cinta dan harapan
penuh dengan oh cabaran
tidak mudahku mengalah
terus cari cuba curi cinta dihati untuk dihati

sangat best kan...first time Akira shukri hanta link dekat Twitter Risya..



Risya terus buka link tue..pernantian Risya tak sia2 pabila lagu tu mendapat tempat dihati Risya..
Risya hope sangat-sangat Risya boleh temubual Akira Shukri.... i hope....and boleh berduet dengan dia... auuuu ( opss asal Risya gedik hari ini and BM tunggang terbalik nie )
okey lah... byeeee...dengar taw lagu Risya tue..eeee silap lagu Akira Shukri and Hez Hazmi...

p/s: Risya tidak boleh pergi Final Pencarian Hero Remaja... if ada sesiapa mahu tiket free dari Risya.. PM Risya di FB or Twitter...and Risya minta maaf kepada Dhiya Hero Remaja, Risya tak dapat pergi, coz ada exam...thankz to Dhiya coz promote blog Risya...=) buat yang terbaik k...Insyaallah ada masa kita akan berjumpa lagi..=)

Monday, August 13, 2012

siapa Shahzril Ahmad?

Assalamualaikum..

Shahzril Ahmad? who? tak pernah kenal pun.. mungkin itu yang berada di fikiran kamu semua.. Bagi yang mengikuti rapat Pencarian Hero Remaja 2011/2012 mesti nama ini tidak asing lagi. Ikuti temubual Risya dengan seorang insan yang sedang meningkat naik dalam industri seni tanah air kita.

Beliau ialah Shahzril Ahmad, anak kepada Encik Ahmad dan Pn Zabidah yang dilahirkan di bumi Hang Tuah. Dilahirkan pada April 29, 1989 dan merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik beradik.Beliau juga merupakan pemegang ijazah sarjana muda pentadbiran korpat.
Mahu apa lagi...jom kenali Beliau dengan lebil lanjut...

Siapakah yang membawa Shahzril di dalam bidang seni ini?

bermulanya dari seorang kenalan iaitu merupakan seorang wartawan yang juga bekas staff REMAJA.Beliau telah melihat saya di Facebook dan dapat melihat bakat yang ada pada saya melalui rupa saya dan juga personaliti saya.Beliau juga yang membawa saya menceburi bidang modelling dan telah terpilih untuk menghiasi ruangan personaliti pilihan.

Bagaimana Shahzril terbuka hati untuk menyertai HR?

Beliau telah suggest saya untuk sertai HR dan Alhamdulillah, REzeki berpihak kepada saya. Saya telah dipanggil untuk ke casting HR top 80.Before casting itu,saya telah diberi peluang untuk photoshoot bersama-sama dengan remaja under Remaja Pilihan.Jadi disitulah saya mula dikenali ramai. Akan tetapi, Rezeki saya dalam HR tidak lama, hal ini demikian kerana saya gagal untuk ke Top 25.

Kenangan Di dalam HR?

Ini merupakan kenangan yang saya tidak dapat lupakan. Semasa Casting, saya merupakan Peserta HR yang paling lambat datang kerana mengalami masalah teknikal. Setiba sahaja saya sampai di dewan, Saya terdengar tepukan yang gemuruh dari HR yang lain. Ya ALLAH, malu yang teramat. Hanya Tuhan sahaja mengetahui perasan saya ketika itu.

Tujuan Shahzril menyertai HR?

semua orang ada tujuan, dan of cause la saya juga mempunyai aim sendiri. tujuan saya ialah menjadi HR sebagai platform saya untuk mejadi seorang pelakon seperti Fizzo dan Kamal Adli.

Hala Tuju selepas tersingkir dari top 25?

selepas tidak terpilih ke peringkat seterusnya,saya kuatkan semangat dan menanam tekad tanpa HR, saya boleh juga meneruskan penglibatan saya dalam dunia seni ini. Alhamdulillah, sehingga sekarang ada sahaja job yang saya perolehi dan sekarang saya berpeluang berlakon di bawah arahan shuhaimi lua.

Ucapan akhir untuk peminat yang sehingga sekarang still support Shahzril?

Ada ke peminat saya yer? hihihii..... But im always thankfull to those people yang tidak putus-putus bagi semangat dan support saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang Oda, abang Shuhaimi lua dan Yus yang terus bagi saya peluang untuk melibatkan diri dalam dunia seni ini. thankz to them.

begitulah secara ringkasnya, temubual diantara bekas HR ini. Risya harap kamu semua still support him walaupun beliau tidak menjadi finalis pencarian Hero Remaja 2011/2012.. kata akhir dari Risya, jom usha picture Shahzril Ahmad.... =)

   

Wednesday, August 8, 2012

"Mahu Duit Raya? RM100 menanti!".

Assalamualaikum.....
Risya jalan sana sini..tetiba ternampak pula banner nie..see
l
l
l
l
v
duit raya Rm100..fuyoooooooo

pastu dia juga suruh taruk banner ini...
l
l
l
l
v


"Saya paling layak memenangi duit raya ini kerana saya merupakan seorang pelajar dari uitm dan sedikit sebanyak saya boleh mengunakan duit ini untuk membeli buku dan seumpanya. =) jadi pilihlah saya untuk memenangi contest ini..:)


Monday, August 6, 2012

Kenali Hero Remaja ~DHIYA~

Assalamualaikum..
kamu semua jangan jelez tau when u see tajuk diatas..hihihihi..as u know, Risya memang peminat Dhiya.So risya meminta izin dari my friend, Dhiya untuk menulis about him.akhirnya, dia setuju dan memberi keizinan kepada Risya untuk menulis tentang Dhiya.

Seperti mana kita tahu ,Hero remaja ramai mengeluarkan ramai artis/model popular like kamal adli.. Hari ini Risya mahu kamu semua mengenali seorang lagi bakal pemenang Hero Remaja 2011/2012.

Bermulalah satu ceritera bukan dongeng tetapi realiti maya. Satu impian penuh keyakinan serta keazaman yang kukuh penuh makna, impian satu yang pasti akan menjadi kenyataan INSYAALLAH. Karya ini adalah tentang pengalaman pahit manis Sang Arjuna menyertai Pencarian Hero Remaja 2011/2012 dan impian serta tanggungjawab yang harus dipikul dan digalas bagi Sang Arjuna mencari erti kehidupan disamping membawa impian menjadi sumber inspirasi agar dapat membawa kejayaan dekat kedalam kehidupan setiap insan yang mendambakan kejayaan sepertinya.
Sang Arjuna yang dimaksudkan disini ialah Dhiya hasil perkhawinan Mohamad Ariffin Azoeddien dan Norlailee Husin. Putera kecil ini pertama kali membuka mata di Kuala Lumpur membesar di Kuantan dan Kuala Lumpur.

jom ikuti temuramah antara Risya Dan Dhiya.

Bagaimana Dhiya boleh terpanggil untuk menyertai Hero Remaja?
Pertama kali melihat borang HR, hati berdebar-debar,inilah salah satu cara untuk dhiya mencapai impian yang sudah membuak-buak dahagakan kejayaan setelah sekian lama. Jadi Dhiya pun mengambil keputusan untuk mencuba nasib di dalam Pencarian Hero Remaja 2011/2012.dengan berkat doa dan semangat yang diberikan daripada keluarga dan rakan-rakan Dhiya mengambil keputusan untuk mengisi dan menghantar borang penyertaan ini.

Bila Kali pertama Dhiya dipanggil untuk ditemu duga oleh pihak Remaja?
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi atas berkat doa panggilan telefon yang membawa sejuta impian telah pun datang mengunjungi telefon bimbit Dhiya. Panggilan yang diterima telah memberi khabar gembira dimana Dhiya telah dipanggil untuk menghadiri Sesi Ujibakat Top 80 Pencarian Hero Remaja 2011/2012 bertarikh 5 Januari 2012. Setelah selesai sesi pendaftaran Dhiya telah menjadi peserta ke 9 untuk masuk ke dalam auditorium ujibakat yang bakal mengubah nasib dan membawa Dhiya semakin dekat dengan impiannya. dan sekali Dhiya bersyukur kerana terpilih sebagai Top 25 peserta Pencarian Hero Remaja.

Peserta pertama yang Dhiya kenal dalam HR?
Peserta Hero pertama yang dikenali oleh Dhiya adalan Ben Amir ini kerana dia pernah menjadi rakan persekolahan suatu ketika dahulu.

Task pertama yang Dhiya lakukan dalam HR?
Aktiviti pertama kami adalah sesi perkenalan dan task pertama adalah sesi pengambaran bertemakan 80an.

Tujuan Dhiya masuk HR?
tujuan Dhiya masuk HR adalah untuk menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada anak muda diluar sana,dan ingin mereka teruskan berusaha walaupun mempunyai segala masalah kehidupan, mereka harus ingat untuk menghargai masa dan teruskan berusaha sampai berjaya. InsyaAllah suatu hari nanti Dhiya akan mencapai cita-cita Dhiya dan dapat melihat dan merasa kejayaan bersama golongan generasi muda yang sama hebatnya. Harapan agar dapat mencungkil bakat dan menjadi Duta kepada golongan Generasi Y.

Antara aktiviti yang pernah Dhiya lakukan dan paling menyentuh perasaan Dhiya?
Aktiviti Program Hero Remaja kedua menyentuh hati dan berasa teramat gembira disebabkan kami dapat membantu menceriakan anak-anak yatim di Rumah Kasih Harmoni. Setibanya kami disana,adik-adik kecil penghuni rumah ini telah memberikan persembahan yang sangat comel dan menakjubkan. Dhiya sangat gembira kerana dapat bekerjasama dan meluangkan masa untuk adik-adik yang comel itu. Kami telah ditugaskan untuk bergotong royong untuk mengecat Rumah Kasih Harmoni tersebut.

Kenangan yang paling best?
Kenangan terindah adalah ketika kami semua berkumpul untuk perjumpaan ketiga bertemakan “Into the wild”. Kami harus menjalani aktiviti-aktivit mencabar dan menguji kreativiti peserta sebagai contoh adalah “Skytrex,Paintball,Persembahan berdasarkan lagu,Persembahan Nyanyian Solo,Memanah dan Memanjat dinding yang lebih dikenali sebagai Rock Climbing ”. Aktiviti di Taman Pertanian Malaysia memberikan impak terhadap diri Dhiya, ini adalah kerana keadaan Dhiya yang tidak sihat untuk menjalani aktiviti. Disebab sokongon dan dorongan daripada keluarga, peserta hero,team remaja dan team karangkraf telah membuatkan Dhiya tetap gagah melaksanakan tugas dan memberikan kerjasama yang lebih kukuh dan utuh.

Harapan Dhiya dalam pertandingan HR ini?
Dhiya berharap dalam pertandingan ini Dhiya dapat mencungkil dan mencabar diri sendiri agar dapat melonjak ke tahap yang lebih tinggi disamping itu dapat jugalah membantu para remaja diluar sana dengan menjadi Duta,Sumber inspirasi serta Ikon kepada generasi muda sekarang ini.Sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak amatlah memberangsangkan ini adalah kerana mereka mempunyai satu niat dan visi yang sama agar dapat melihat Dhiya menjadi seorang yang berjaya disamping menjadi ikon kepada remaja diluar sana agar dapat memotivasikan diri mereka dengan melihat kejayaan yang dikecapi Dhiya kelak insyaallah. “i saw i came i conquer “ ini adalah salah satu ayat membina yang dapat menaikkan semangat Dhiya agar buat yang terbaik kerana jika suatu masa dahulu seorang lelaki seperti Julius Ceasar dapat menakluk sebahagian dunia maka Dhiya percaya kita sebagai manusia haruslah berusaha keras sampai berjaya.

Kata-kata akhir Dhiya untuk semua yang support Dhiya?
Salam terakhir dari Dhiya, SAKSIKAN DHIYA DI PENTAS FINAL PENCARIAN HERO REMAJA 2011/2012          
Assalamualaikum Salam 1 Malaysia.


jom kita tengok dan intai picture-picture yang sempat Dhiya postkan dekat Risya..( dont be jeles yer )

      
Photo: Finalis Hero Remaja 2011/2012 di Studio Suria FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...